Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu dijel tidak lapor kes serangan seksual anak lelaki ke atas adik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu dijel tidak lapor kes serangan seksual anak lelaki ke atas adik

Feb 22, 2024 | 06:10 PM



Seorang ibu yang gagal memaklumkan polis selepas melihat anak lelakinya menganiaya adik perempuannya secara seksual, dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun pada 22 Februari.

Ibu tersebut mengetahui mengenai kelakuan anak lelakinya yang menganiaya mangsa secara seksual sejak remaja perempuan itu berusia lima tahun.

Bagaimanapun, tertuduh tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa, sebaliknya hanya mengingatkan anak lelakinya itu bahawa mangsa adalah adik perempuannya.

Apabila anak perempuannya itu hamil, ibunya, yang bimbang bayi dalam kandungan itu adalah anak kepada anak lelakinya, membawa mangsa ke Malaysia untuk cuba menggugurkan kandungan itu.

Namun, ternyata anak lelakinya bukan bapa bayi itu.

Pada 16 Januari, wanita berusia 45 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah atas tiga tuduhan, termasuk dua tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Kenneth Chin berkata ibu tersebut telah mengabaikan tanggungjawabnya.

“Dia berada dalam kedudukan untuk melakukan sesuatu tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Sambil menegaskan mangsa mengharapkan ibunya untuk melindunginya, hakim berkata ibu tersebut gagal menjalankan peranannya sebagai ibu.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya Niranjan Ranjakunalan berkata wanita itu, anak lelakinya, yang dirujuk sebagai B2 dalam dokumen mahkamah, dan anak perempuannya, tinggal bersama di sebuah flat dua bilik.

Wanita itu dan bapa remaja perempuan itu telah bercerai.

Pada 2010, ibu tersebut berjalan ke dapur flat itu dan melihat anak lelakinya, yang ketika itu berusia 13 tahun, dan anak perempuannya, ketika itu berusia lima tahun, dalam keadaan bogel.

Ibunya bertanya kepada anak lelakinya apa yang dia lakukan, tetapi dia tidak menjawab.

Ibunya kemudian memberitahunya bahawa kanak-kanak itu adalah adik perempuannya dan dia “tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kepadanya”.

Pada tahun sama, mangsa sedang tidur di flat itu ketika B2 menonton satu video lucah di komputer.

Kerana terangsang, dia mendekati adiknya dan menganiayanya secara seksual.

DPP berkata ibu tersebut juga tidak memastikan kedua anaknya itu tidak berkongsi katil.

Pada 2017, B2 merogol adiknya di flat tersebut.

Semasa dia menganiayanya secara seksual, ibunya terbangun daripada tidur, mengangkat selimut dan melihat anak lelakinya berada di atas anak perempuannya.

Kesalahan itu terbongkar apabila pihak sekolah remaja perempuan itu menghubungi ibunya pada Januari 2018, apabila mangsa tidak hadir ke kelas beberapa kali.

Pihak sekolah kemudian memaklumkan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan polis turut dimaklumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >