Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu tunggal suntik pembaharuan dalam niaga dari rumah demi pikat pelanggan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pernah belajar di Le Cordon Bleu; kini sibuk penuhi tempahan Tahun Baru Cina

Ibu tunggal suntik pembaharuan dalam niaga dari rumah demi pikat pelanggan

Jan 23, 2024 | 09:51 AM



Rumah flat empat bilik Syarifah Aisyah Binsmit di Bedok sentiasa dipenuhi botol kuih-muih serta diselubungi bau harum semerbak dari ketuhar yang membakar kuih.

Ia adalah keadaan biasa di rumah ibu tunggal yang menguruskan perniagaan dari rumah The Cookie Workshop itu, terutama menjelang musim perayaan.

Selepas selesai tugasnya menyiapkan kuih-muih dan menguruskan keperluan anak-anak, Syarifah Aisyah, 46 tahun, bergegas pula ke rumah orang tuanya yang berdekatan untuk menjaga mereka, yang memerlukan perhatian.

Beliau kini sibuk menyiapkan kuih-muih Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Setiap hari, Syarifah Aisyah menghabiskan masa di dapur dari lapan hingga 16 jam untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

“Menjelang hari perayaan, boleh sampai tak tidur untuk menghabiskan tempahan,” kata ibu dua anak itu – perempuan berumur 15 tahun dan lelaki 11 tahun.

Beliau juga bergilir ganti menjaga orang tuanya, termasuk membawa bapanya berjumpa doktor. Ibunya juga dulu berniaga kuih.

“Saya berpindah ke Bedok dari Fernvale untuk lebih dekat dengan keluarga saya. Lebih senang untuk saya tengok-tengokkan orang tua saya. Lagipun, saya bekerja dari rumah,” kata Syarifah Aisyah.

Beliau belajar membuat kuih dari kecil semasa membantu ibunya mengambil tempahan Hari Raya. Dari situ datang minat meneruskan usaha ibunya.

Syarifah Aisyah pernah mengambil kursus di Baking Industry Training College pada 2006. Pada 2008, beliau menyertai Institut Le Cordon Bleu di Perancis hampir setahun untuk belajar membuat patisserie, iaitu pastri atau kek, walaupun sedang hamil anak sulung.


“Di Le Cordon Bleu, saya belajar teknik-teknik membuat kuih Perancis, tetapi bahan-bahan yang digunakannya mahal dan tidak mudah didapati di sini, jadi saya kekalkan perniagaan kuih-muih,” ujar Syarifah Aisyah.

Menurut beliau, 20 peratus pelanggannya sekarang terdiri daripada pelanggan ibunya, sementara 80 peratus adalah pelanggan baru yang mendapat tahu tentang perniagaannya menerusi media sosial.

“Untuk menambat pelanggan baru, saya perlu pertingkatkan diri dan menghadiri beberapa kursus pemasaran untuk kekal relevan. Menerusi kursus itu juga saya dapat belajar cara membuat video dan gunakan media sosial untuk mencapai jualan dan menarik pelanggan baru,” katanya.

Bagi Tahun Baru Cina, Syarifah Aisyah turut menjual kotak cenderahati mengandungi aneka kuih-muih untuk diberi sebagai hadiah.

“Sewaktu Covid-19, saya terpaksa fikirkan cara baru mendapatkan pelanggan, dan ‘gift boxes’ ini menarik untuk mereka yang ingin menghadiahkan kuih kepada keluarga atau teman-teman mereka,” katanya, yang juga lulusan diploma perakaunan dan kewangan daripada Politeknik Temasek.

Menurut beliau, antara kuih kegemaran pelanggannya ialah tat, suji klasik dan vanilla oats crunch.

“Memberi pembaharuan dalam perniagaan penting untuk terus menambat hati pelanggan dan menawarkan kelainan,” ujar Syarifah Aisyah, yang menggunakan juga wadah Grab bagi penjualannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >