Ibu tunggal teruja dapat kerja demi sara anak selepas setahun di rumah peralihan
Ibu tunggal teruja dapat kerja demi sara anak selepas setahun di rumah peralihan
Belajar erti disiplin, seronok masak hidangan pembuka selera untuk penghuni lain
Mar 25, 2026 | 6:19 PM
Ibu tunggal teruja dapat kerja demi sara anak selepas setahun di rumah peralihan
Cik Auniqarirah Rashidin adalah seorang ibu tunggal yang telah melalui program pemulihan di Rumah Peralihan Rise Above, kendalian PPIS. Selepas menyedari anaknya sudah cukup memahami keadaannya, beliau mengambil keputusan untuk berubah demi si anak. - Foto BH oleh SHARLIN NASYIROH AZMI
Peluang bertemu kembali dengan anak perempuannya yang berusia lima tahun selepas berada di Rumah Peralihan Rise Above, kendalian PPIS, selama setahun, merupakan antara pengalaman paling bermakna bagi Cik Auniqarirah Rashidin, seorang ibu tunggal.
Walaupun pada awalnya Cik Auniqarirah, 27 tahun, tidak selesa dengan struktur dan disiplin yang diterapkan di rumah pemulihan itu, iaitu tempat bekas pesalah mengikuti program pemulihan sebelum sedia kembali ke pangkuan masyarakat, beliau segera menyedari betapa anaknya sangat memerlukannya.
Laporan berkaitan
Ibu tunggal tabah mula hidup baru, aktif kerja sukarela demi bantu orang lainMar 21, 2026 | 5:30 AM
Keamanan S’pura buka ruang masyarakat rai Ramadan, Syawal dengan tenangMar 21, 2026 | 11:25 AM

