Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA rampas lebih 340 vape, komponen di pusat pemeriksaan dari 5-8 Jan

Jan 10, 2026 | 5:40 PM
ICA, vape, dirampas
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan sekitar 67 peratus daripada kes melibatkan pelawat jangka pendek dan 33 peratus melibatkan penduduk Singapura. - Foto ICA/FACEBOOK

Warga asing yang melawat atau tinggal di Singapura diingatkan bahawa vape telah diharamkan di sini, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) selepas ia merampas lebih 341 vape dan komponen berkaitan dalam masa sekitar empat hari.

Antara 5 dengan 8 Januari, ICA mengesan 57 kes individu yang didapati memiliki vape serta mereka yang secara sukarela telah membuangnya di pusat pemeriksaan.

Lebih 341 vape dan komponen berkaitan telah dirampas.

Menerusi laman Facebook mereka pada 10 Januari, ICA menyatakan sekitar 67 peratus daripada kes melibatkan pelawat jangka pendek manakala 33 peratus melibatkan penduduk Singapura, termasuk warga, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas lawatan jangka panjang negara ini.

ICA menegaskan penggunaan vape adalah salah di bawah undang-undang Singapura.

Tambahnya, warga asing yang melawat atau tinggal di Singapura harus mematuhi undang-undang di sini.

Mereka yang didapati memiliki, menggunakan atau membeli vape akan menghadapi hukuman lebih berat.

Pelawat jangka pendek yang didapati melakukan kesalahan itu lebih sekali akan dilarang daripada memasuki Singapura.

Pemegang pas lawatan jangka panjang yang mengulangi kesalahan itu pula mungkin akan dibatalkan pas mereka bagi kesalahan kali ketiga dan dihantar pulang serta dilarang daripada memasuki Singapura.

Hingga 1 September 2025, mereka yang ditangkap memiliki, menggunakan atau membeli vape menghadapi hukuman lebih berat.

Ini termasuk denda lebih tinggi sebanyak $500 bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun dan $700 bagi golongan dewasa berbanding $300 dan $500 masing-masing, sebelum ini.

Mereka yang ditangkap menggunakan vape yang dicampur dengan dadah sintetik seperti etomidate atau ketamine, juga dikenali sebagai Kpod, boleh dikenakan perintah menjalani pemulihan, penyeliaan mandatori dan penahanan.

Mereka yang ingin berhenti menggunakan vape boleh mendapatkan bantuan melalui QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di talian 1800-438-2000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg