Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Iftar bagi pesalah, keluarga kukuh hubungan kekeluargaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iftar bagi pesalah, keluarga kukuh hubungan kekeluargaan

Majlis anjuran SPS, Bapa Sepanjang Hayat di Rumah Peralihan Selarang
Apr 04, 2024 | 07:55 PM



Buat julung-julung kalinya, sebuah majlis buka puasa dianjurkan bagi kira-kira 50 pesalah dan anggota keluarga mereka di Rumah Peralihan Selarang pada 4 April.

Majlis tersebut, yang dianjurkan bersama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Bapa Sepanjang Hayat, dihadiri oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, sebagai tetamu kehormat.

Bercakap kepada media sebelum majlis itu, Dr Faishal berkata acara tersebut sebahagian daripada usaha mengukuhkan ekosistem pemulihan bagi pesalah agar mereka dapat mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga setelah lama terpisah.

“Apabila seseorang itu masuk penjara, ia menjejas kehidupan bukan saja kehidupan banduan, bahkan keluarga mereka.

“Keluarga mereka akan rasa kehilangan tanpa mereka dan lambat laun, keluarga mereka membangunkan kehidupan dan perasaan biasa hidup tanpa mereka.

“Kita mahu hubungan keluarga mereka terus kuat walaupun keluarga mereka menghadapi cabaran semasa banduan di dalam penjara,” kata Dr Faishal.

Selain usaha SPS, amat penting badan masyarakat lain tampil menyokong usaha integrasi pesalah untuk kembali ke pangkuan keluarga, tambah beliau.

Jamuan buka puasa itu ditaja oleh Kumpulan NTUC sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

Pada majlis tersebut, setiap pesalah dan keluarga mereka diberi baucar Kopitiam bernilai $100, baucar NTUC bernilai $100 dan sebuah beg juadah Raya tajaan Kumpulan NTUC bernilai $30.

Seorang pesalah yang ditemui Berita Harian, Ahmad (bukan nama sebenar), 71 tahun, hadir bersama anak perempuannya.


Ahmad, yang sudah lebih 20 tahun bercerai dengan isterinya, mempunyai seorang anak perempuan dan dua cucu.

“Saya rasa bersyukur dapat bertemu semula kawan-kawan dan juga ahli keluarga saya di majlis berbuka ini.

“Sejak saya masuk penjara, anak perempuan saya yang selalu jumpa saya. Terus terang, saya insaf, saya malu sudah enam kali masuk penjara atas kesalahan dadah.

“Saya harap-harapkan belas kasihan keluarga saya, apabila sudah keluar, saya dapat tinggal bersama anak saya. Saya harap anak saya dan cucu-cucu saya dapat terima saya,” kata Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >