Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Shanmugam: Majoriti pesalah dadah wanita Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Majoriti pesalah dadah wanita Melayu

Apr 03, 2024 | 05:24 PM



Sebahagian besar penyalahguna dadah wanita merupakan mereka yang berbangsa Melayu, berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Ini merupakan trend yang sama yang dapat dilihat terhadap pesalah lelaki.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam mendedahkan hal ini dalam satu jawapan bertulis pada 2 April kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Choa Chu Kang) mengenai analisis trend wanita yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang. 

Dadah yang paling kerap disalahgunakan termasuk methamphetamine, heroin dan ganja, kongsi Encik Shanmugam lagi.


Mengenai soalan tentang langkah yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani penyalahgunaan bahan dalam kalangan wanita dan ibu muda, Encik Shanmugam berkata antara lain, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengamalkan pendekatan responsif jantina dan trauma dalam berurusan dengan penyalahguna dadah wanita yang ditahan sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC).

Pendekatan ini melibatkan latihan kakitangan untuk mempertimbangkan trauma yang dilalui pesalah wanita itu pada masa lalu dan menyesuaikan program untuk menangani risiko dan keperluan khusus mereka yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. 

Sebagai contoh, Program Pembetulan Berasaskan Psikologi di DRC membantu wanita mendapatkan pandangan tentang cara perhubungan mereka, termasuk yang intim, dan trauma masa lalu mempengaruhi penggunaan dadah mereka, tambah Encik Shanmugam.

Mereka juga akan diajar cara untuk mengenal pasti dan menggantikan corak pemikiran yang berbahaya tentang hubungan mereka yang membawa kepada penyalahgunaan dadah selain memperoleh kemahiran mengawal emosi dan pengurusan diri untuk menangani cabaran yang mereka hadapi dengan lebih baik.

“Ini selaras dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa perhubungan adalah penting bagi ramai wanita dalam kedua-dua laluan mereka kepada penyalahgunaan dadah dan untuk mencegah kesalahan semula,” kata Encik Shanmugam.

Sehubungan dengan intervensi umum seperti program keluarga untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan mereka dan program pendidikan untuk meningkatkan kebolehpasaran, Encik Shanmugam berkata SPS juga menawarkan intervensi peringkat awal atau ‘upstream’ untuk banduan wanita dengan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, yang baru dipenjarakan melalui Inisiatif untuk Ibu dan Kanak-Kanak yang Dipenjara.

Inisiatif ini, yang ditadbir oleh Persatuan Penjagaan Lanjut Singapura (Saca), menilai keperluan keluarga dan merujuk mereka kepada sumber masyarakat yang sesuai untuk mendapatkan bantuan dengan persetujuan banduan.

“Dengan persetujuan banduan, pekerja sosial terlatih akan menjalankan penilaian terhadap keluarga dan merujuk mereka kepada sumber masyarakat yang sesuai untuk mendapatkan bantuan,” tambah Encik Shanmugam.

SPS juga bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat seperti New Life Stories (NLS) dan Persatuan Wanita Dalam Pemulihan (Wira) untuk menyokong pesalah wanita.

Encik Shanmugam berkata: “Mengukuhkan identiti prososial banduan wanita sebagai ibu adalah penting untuk memperkasakan mereka untuk bertanggungjawab terhadap pemulihan dan penghindaran daripada mengulangi kesalahan mereka atau desistance.


“Dengan kerjasama NLS, SPS menawarkan program untuk melengkapkan ibu banduan dengan kemahiran dan strategi keibubapaan yang positif, dan membantu mereka dalam membina semula hubungan mereka dengan anak-anak mereka.

“Wira menjalankan kumpulan sokongan untuk pesalah wanita di DRC, dan juga tindakan susulan dengan mereka untuk menyokong mereka integrasi semula dalam masyarakat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >