Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikan masih hidup keluar dari tangki, merayap di Giant Tampines

Dec 20, 2023 | 9:23 AM
MERAYAP: Seekor ikan haruan dilihat merayap di atas lantai Giant Tampines Hypermarket oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini.
MERAYAP: Seekor ikan haruan dilihat merayap di atas lantai Giant Tampines Hypermarket oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini. - Foto TIKTOK/PUTERAOOOF

Nampaknya bukan manusia sahaja yang sibuk mahu membeli-belah di pasar raya besar.

Lebih lagi pada musim cuti hujung tahun ini, yang dipenuhi acara perjumpaan dengan teman dan sanak saudara bagi menyambut kedatangan tahun baru, Macam-macam benda dan barangan dapur perlu dibeli!

Sehinggakan ikan pun sibuk ‘jalan-jalan’ di pasar dan keluar dari tangki!

KELUAR DARI TANGKI: Seekor ikan haruan kelihatan berkeliaran di kawasan makanan laut di pasar raya besar Giant di Tampines.
KELUAR DARI TANGKI: Seekor ikan haruan kelihatan berkeliaran di kawasan makanan laut di pasar raya besar Giant di Tampines. - Foto TIKTOK/PUTERAOOOF

Begitulah pengalaman tiga orang pemuda Melayu baru-baru ini, yang menemui seekor ikan haruan sedang bergerak di luar tangkinya di pasar raya besar Giant Tampines Hypermarket.

Dalam satu video dimuat naik pengguna bernama milodinosaur di TikTok, beliau menemui seekor ikan haruan yang sedang ‘bergelek’ di atas lantai kawasan makanan laut pasar raya besar itu.

Ke kiri, dan ke kanan… Ikan tersebut, sebesar lengan manusia, dengan perlahan menjalar dan menjauhi tangkinya dan dilihat menuju ke arah peti sejuk daging yang terpapar dalam video selama 11 saat dan ditonton lebih 48,700 kali itu.

View post on TikTok

Ketika dihubungi Berita Harian (BH) menerusi WhatsApp, pemilik akaun itu, Encik Qayyum Putera Zainal, 24 tahun, berkata, kejadian tersebut berlaku dinihari 14 Disember, sekitar 3 pagi.

Beliau berada di pasar raya itu bersama dua lagi teman untuk membeli barangan rumah.

“Tiba-tiba kedengaran ada sesuatu yang melompat dari tangki air dekat kawasan makan laut itu,” tulisnya kepada wartawan.

Encik Qayyum, seorang pelaut dengan berseloroh berkata: “Sebenarnya saya takut dengan ikan!”

Selepas ikan itu dilihat berkeliaran di lantai pasar, Encik Qayyum bergegas mencari kakitangan pasaraya itu.

“Maklumlah waktu lewat malam begitu saya rasa tiada ramai kakitangan yang kerja,” tambahnya.

“Jadi saya lari ke tempat buah-buahan dan panggil seorang abang di situ dan memberitahunya tentang ikan yang dilihat di lantai itu.”

LOMPAT KELUAR: Menurut Encik Qayyum, ikan tersebut telah keluar dari tangki dan kemudian ‘merayap’ di atas lantai.
LOMPAT KELUAR: Menurut Encik Qayyum, ikan tersebut telah keluar dari tangki dan kemudian ‘merayap’ di atas lantai. - Foto QAYYUM PUTERA ZAINAL

Mujur, menurut Encik Qayyum, ikan itu selamat dipulangkan ke kolamnya.

Beliau berkata, kakitangan tersebut menggunakan kotak kosong untuk mengangkat ikan itu dan meletakkannya di tangkinya.

“Entah kenapa, ikan ni aktif sangat pagi-pagi buta, sampai boleh lompat keluar dan gerak tiga meter dari tangkinya,” kata Encik Qayyum lagi.

Tambah pemuda itu, beliau takut dengan ikan ekoran satu insiden berlaku setahun lalu ketika memancing.

Beliau berkata beliau pernah disepak seekor ikan yang ditangkapnya ketika itu.

“Sebelum kejadian itu berlaku bila pegang ikan tu macam okay sahaja.”

“Sekarang tak. Nak pancing pun saya tak berani pula,” tambahnya lagi berseloroh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg