Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ikon tarian Osman Hamid diiktiraf pelihara, kembang seni tari Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikon tarian Osman Hamid diiktiraf pelihara, kembang seni tari Melayu

Apr 01, 2024 | 08:33 PM



Walau sudah bertahun beliau menyumbang kepada dunia tarian Melayu di Singapura, ikon persada tari Osman Abdul Hamid tidak jemu menyemai cinta terhadap menari, bahkan ingin memperjuangkan seni ini hingga akhir hayatnya.

Setelah meraih anugerah tertinggi buat seniman mapan, Pingat Kebudayaan pemberian Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada Disember 2023, jurutari ini diberi pula Anugerah Peneraju Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) hasil sumbangannya dalam mengekalkan warisan seni.

Selain Encik Osman, Cik Cai Bixia diiktiraf NHB kerana memperjuangkan Opera Cina. Encik Raymond Wong pula dihargai hasil ketelitiannya memasyarakatkan seni manik, sulaman dan penghasilan kebaya Peranakan.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) di Muzium Tamadun Asia (ACM) pada 1 April, Encik Osman, 61 tahun, yang juga pengarah artistik Era Dance Theatre Ltd, berkata:


“Saya begitu terpikat pada seni dan secara langsung minat tarian secara semula jadi apabila didedahkan pada warisan Melayu ini seawal di bangku sekolah menengah.

“Jurutari saya, Encik Salleh Buang, boleh dianggap sebagai antara pendorong kuat dan sebab unggul saya terus menceburi bidang tarian sampai hari ini.”

Tiga penerima ini adalah kohort keempat yang disampaikan dengan Anugerah ICH yang dilancarkan pada 2019. Keseluruhannya, 17 individu dan pertubuhan sudah meraih ICH.

Ketiga-tiga penerima itu diraikan hasil usaha, dedikasi dan iltizam mereka menegakkan lagi warisan budaya di Singapura dengan mewujudkan pelestarian warisan ini kepada masyarakat dalam jangkauan lebih luas, terutama generasi lebih muda.

Trofi, sijil dan wang tunai $5,000 setiap seorang disampaikan kepada pemenang oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Mereka juga boleh memohon geran hingga $20,000 untuk membiaya kerja seni mereka.

“Saya bersyukur diberi peluang mewakili usaha melestarikan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat moden kita hari ini,” ujar Encik Osman.

Sebelum ini, beliau menerima Anugerah Belia Singapura dan Anugerah Seniman Muda pada 1993.

Beliau akur dengan anugerah yang diterima, tanggungjawab yang lebih berat perlu dipikulnya sebagai penggiat seni Melayu.

“Bukan sekadar pencapaian anugerah yang wajar dikejar. Penting bagi saya untuk terus mendedahkan seni tarian Melayu ini supaya tidak lelap dalam tangan generasi akan datang,” katanya.

Beliau juga berpendapat dengan arus zaman yang kian berkembang mengikut masa, adalah penting pengamal warisan tidak jemu menerima ilmu baru dengan minda terbuka.

“Saya mempunyai keyakinan mendalam bahawa budaya tarian Melayu tidak boleh kekal lembap. Ia harus berkembang mengikut masa, tetapi pada masa sama, mengekalkan akar dan nilainya.

“Seni tarian Melayu berkait rapat dengan budaya dan amalan sendiri di rumah dan disebabkan itu, penting untuk memupuk generasi muda kita agar memahami budaya dan nilai Melayu.

“Warisan dan budaya kita sememangnya mencerminkan nilai murni bangsa kita dan tidak patut diambil remeh,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Encik Tong berkata penerima Anugerah ICH memegang peranan sebagai ‘penjaga’ warisan di Singapura

“Sambil kita menghargai sumbangan penerima anugerah kita, marilah kita juga mengiktiraf tanggungjawab kolektif kita dalam mempertahankan warisan kita.

“Setiap daripada kita perlu memainkan peranan kita dalam mengekalkan warisan budaya kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >