Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.
Sertai bengkel kanak-kanak semasa cuti sekolah September selama seminggu ini di Great World, yang terletak berdekatan Orchard Road.
Pusat beli-belah itu telah menyediakan kegiatan percuma dan berbayar di atrium hingga 8 September.
Sebagai contoh, pada 3 September, anak-anak boleh membawa kemeja-T lama mereka untuk dikitar semula menjadi beg atau sarung bantal.
Disyorkan untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas, sesi percuma selama 30 minit anjuran Liliewoods Social ini akan dibimbing oleh pelajar dari Sekolah Perempuan Raffles (Menengah).
Jika anak-anak anda berusia lima hingga lapan tahun, asah kemahiran berfikir kritis dan menyelesaikan masalah dengan cabaran gaya, Math-Olympiad, oleh The Eton Academy dalam sesi percuma pada 4 dan 6 September.
Sementara itu, kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun boleh menghasilkan karya seni menggunakan cat air dan kraf kertas (daripada $10 seorang kanak-kanak) dengan guru dari Studio Seni Abrakadoodle pada 4, 6 dan 7 September.
Terdapat juga sesi bercerita, pertunjukan silap mata serta tayangan filem.
Ketahui lebih lanjut di laman web, str.sg/ojY8c.
Cuba kuih bulan daripada kumpulan dialek berbeza, ambil gambar dengan pemasangan kuih bulan gergasi dan bermain dengan permainan yang diilhamkan daripada cerita rakyat dan watak pertengahan musim luruh.
Acara perayaan tahunan yang dianjurkan bersama oleh Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) dan Orkestra Cina Singapura (SCO), Festival Mid Autumn Family Fun, kembali lagi dari 6 hingga 8 September.
Perayaan awal Kuih Bulan, yang jatuh pada 17 September, menampilkan lebih 20 kegiatan percuma dan berbayar di SCCC dan Dewan Persidangan Singapura.
Kegiatan kegemaran ramai, seperti berjalan membawa tanglung, pertunjukan teater dan persembahan SCO juga akan kembali.
Satu lagi acara popular ialah melihat bulan dengan teleskop yang disediakan oleh Pusat Sains Singapura.
Secara berasingan, kanak-kanak boleh membeli pek keseronokan berharga $2, menyelesaikan kegiatan dan mendapatkan lencana, Young Astronomer, oleh Pusat Sains.
Personaliti radio 96.3 Hao FM akan menghiburkan keluarga anda dengan lagu bertemakan bulan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg