Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kunjungi pameran Lego, cuba permainan tradisional bersama anak

Aug 26, 2024 | 4:20 PM
Kanak-kanak pasti teruja melihat rangka dinosaur T-Rex setinggi enam meter di pameran, ‘Art of the Brick’, yang akan dibuka secara rasmi pada 3 September di Dewan 8B, Singapore Expo. 
Kanak-kanak pasti teruja melihat rangka dinosaur T-Rex setinggi enam meter di pameran, ‘Art of the Brick’, yang akan dibuka secara rasmi pada 3 September di Dewan 8B, Singapore Expo.  - Foto FEVER

Berikut kegiatan dan program yang boleh dilakukan bersama anak.

Kunjungi Pameran Lego

Jika anda dan anak anda meminati Lego, jangan terlepas peluang mengunjungi pameran, Art of the Brick, yang memaparkan lebih 150 karya seni diperbuat daripada lebih sejuta keping Lego.

Art of the Brick adalah pameran seni Lego yang paling dikenali di dunia dan telah dikunjungi oleh lebih 10 juta orang.

Ia memaparkan karya oleh seniman kontemporari dari Amerika Syarikat, Nathan Sawaya.

Koleksi itu memaparkan bukan sahaja rekaan asli oleh seniman itu, bahkan versi baru karya agung seperti David oleh Michelangelo; The Starry Night oleh Van Gogh; dan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci.

Karya seni seperti ‘David’ oleh Michelangelo; ‘The Starry Night’ oleh Van Gogh; dan ‘Mona Lisa’ oleh Leonardo da Vinci yang dibuat menggunakan Lego turut dipamerkan.
Karya seni seperti ‘David’ oleh Michelangelo; ‘The Starry Night’ oleh Van Gogh; dan ‘Mona Lisa’ oleh Leonardo da Vinci yang dibuat menggunakan Lego turut dipamerkan. - Foto FEVER

Kanak-kanak pasti teruja melihat rangka dinosaur T-Rex setinggi enam meter turut dipamerkan.

Anda dan anak anda juga dapat menghasilkan karya sendiri menggunakan Lego di kawasan taman permainan.

Pameran itu dibuka secara rasmi pada 3 September di Singapore Expo, Dewan 8B.

Harga tiket bermula pada $19.90 untuk orang dewasa dan $14.90 untuk kanak-kanak.

Cuba permainan tradisional

Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mencuba permainan klasik seperti batu seremban, tingting dan guli di acara, ‘Re:Play AT SG - Timeless Fun Through Childhood Games’. Ia sebahagian daripada acara Pesta Malam Singapura 2024.
Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mencuba permainan klasik seperti batu seremban, tingting dan guli di acara, ‘Re:Play AT SG - Timeless Fun Through Childhood Games’. Ia sebahagian daripada acara Pesta Malam Singapura 2024. - Foto NLB

Perkenalkan anak anda kepada permainan tradisi dari generasi anda, di acara, Re:Play AT SG - Timeless Fun Through Childhood Games, yang merupakan sebahagian daripada acara Pesta Malam Singapura 2024.

Diadakan di bangunan Arkib Negara, kanak-kanak dan orang dewasa di acara itu boleh mencuba permainan klasik seperti batu seremban, tingting dan guli.

Pengunjung juga dapat menikmati pemasangan seni dan program menarik yang memaparkan peranan seni, hiburan dan permainan dalam membentuk ekspresi kreatif dan interaksi sosial masyarakat.

Di acara itu, pengunjung dapat meraikan kisah Singapura dan mengalami keajaiban zaman kanak-kanak, permainan dan kreativiti sambil mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Acara itu diadakan hingga 7 September dari 10 pagi hingga 9 malam.

Masuk percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg