Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imam dipuji baca surah pendek dalam keadaan sesak di Masjid An-Nahdhah sempena Maulud

Oct 6, 2023 | 9:34 PM
PUJIAN: Satu surat diterbit Encik Shah Reza di laman Instagram memuji seorang imam yang telah membaca surah pendek semasa solat kerana keadaan masjid yang sesak.
PUJIAN: Satu surat diterbit Encik Shah Reza di laman Instagram memuji seorang imam yang telah membaca surah pendek semasa solat kerana keadaan masjid yang sesak. - Foto INSTAGRAM/SHAH REZA

Seorang imam menerima pujian kerana mengamalkan sikap prihatin kepada jemaah apabila beliau membaca surah lebih pendek semasa solat berjemaah di Masjid An-Nahdhah dalam keadaan sesak baru-baru ini.

Dalam satu surat diterbit pengasas bersama Forum Belia Muslim, Encik Mohamed Shah Reza, beliau menyampaikan pujian itu susulan keadaan masjid yang sesak, dihadiri ribuan jemaah semasa acara Maulud Nabi pada 1 Oktober.

Dalam surat yang ditujukan kepada Ustazah Liyana Rosli, naib pengerusi masjid di Bishan itu, Encik Shah berkata imam tersebut telah membuat keputusan yang “benar-benar menyentuh hati semua jemaah yang hadir”.

View post on Instagram
 

“Dengan penuh kebijaksanaan dan empati, imam itu telah memutuskan untuk memendekkan durasi solat dengan membaca surah lebih pendek dari Al-Quran,” katanya.

“Tindakan penuh kefahaman dan keprihatinan yang dicontohi imam kami itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada para jemaah.”

Pada Ahad, 1 Oktober, Masjid An-Nahdhah menurut kenyataannya di Facebook mengadakan acara Maulud Nabi yang mengundang Ustaz Tengku Mohamad Fouzy sebagai pemimpin bacaan Maulud serta mengadakan ceramah khas oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.

Beberapa gambar dimuat naik masjid berkenaan menunjukkan ramai jemaah yang hadir.

Encik Shah dalam surat diterbit di laman Instagramnya berkata suasana di masjid itu sesak pada ketika itu dengan ribuan jemaah hadir bagi acara tersebut.

Beliau menambah setiap sisi masjid itu penuh dan keadaannya jauh dari selesa. Antara mereka yang hadir juga termasuk jemaah yang sakit, lemah dan tua.

Encik Shah berkata keputusan imam untuk membaca surah lebih pendek semasa solat membuktikan sikap prihatinnya terhadap kemaslahatan jemaah.

“Beliau akur terhadap ketidakselesaan yang dialami jemaah dan peka terhadap keperluan mereka yang tidak seupaya untuk menahan tempoh ibadah lebih lama,” katanya.

“Tindakan sebegini dan kebijaksanaannya diterima semua yang hadir, dan ia mewujudkan sebuah suasana perpaduan dan kefahaman di seluruh masjid.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg