Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Imperial College London buka pusat penyelidikan luar negara pertama di S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imperial College London buka pusat penyelidikan luar negara pertama di S’pura

Jan 08, 2024 | 06:01 PM



Imperial College London telah membuka pusat penyelidikan dan inovasi luar negara pertama di Singapura sebagai usaha mengukuhkan kerjasama antara negara ini dengan Britain.

Imperial Global: Singapore akan memberi peluang kepada saintis Imperial bekerja rapat dengan rakan kongsi universiti, industri, pemerintah dan sektor ketiga di sini.

Program penyelidikan pertama di pusat baru itu adalah dengan kerjasama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk meningkatkan keselamatan peranti perubatan dan data kesihatan.

Ahli akademik daripada Imperial dan NTU telah dianugerahkan geran empat tahun sebanyak $20 juta daripada Yayasan Penyelidikan Nasional Singapura (NRF) untuk membangunkan cara yang lebih baik untuk melindungi peranti aktif yang boleh diimplan, seperti perentak jantung dan mendapatkan perlindungan data bagi sistem boleh pakai dan penjagaan kesihatan yang berhubung.

Memandangkan teknologi dalam penjagaan kesihatan bertambah baik dan lebih banyak data peribadi dikumpul dan disimpan, terdapat kebimbangan keselamatan tentang risiko dan ancaman data peribadi dicuri atau operasi peranti perubatan terganggu oleh individu yang tidak sengaja atau berniat jahat, menurut kenyataan bersama Imperial dan NTU.

Program itu, yang dikenali sebagai IN-CYPHER, akan memanfaatkan kepakaran Imperial dalam bidang ini untuk menjadikan Singapura sebagai peneraju global dalam keselamatan siber kesihatan dan kecerdasan buatan (AI) untuk penjagaan kesihatan kerana ia memperkukuh penyelidikan dan pembiayaan dalam bidang yang sedang berkembang ini.

Pusat itu, yang dibina di atas perkongsian strategik Imperial-NTU yang telah lama terjalin, akan membolehkan saintis meningkatkan dengan pantas penemuan saintifik dan teknologi baru bagi kemanfaatan masyarakat dan pengkomersialan di Asia Tenggara.

Kakitangan Imperial dan pelajar PhD akan bekerja di makmal termaju di pusat itu bersama rakan kongsi dari universiti dan institut terkemuka Singapura.

Ia akan memupuk pelbagai projek penyelidikan kolaboratif impak tinggi untuk menangani cabaran global utama seperti kesediaan wabak, iklim, peralihan kepada sifar bersih dan AI.

Pusat yang berpangkalan di Singapura itu juga akan membolehkan Imperial mengembangkan aktiviti di rantau ini seperti program keusahawanan, penempatan pelajar dan program yang bertujuan menghasilkan teknologi dan penemuan baru untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Pusat penyelidikan itu akan berpusat di Kampus untuk Kecemerlangan Penyelidikan dan Perusahaan Teknologi (CREATE) NRF.

CREATE ialah kampus penyelidikan antarabangsa dan hab inovasi yang menganjurkan pusat penyelidikan antara disiplin daripada universiti dan institut penyelidikan global terkemuka untuk bekerjasama dengan institusi setempat.

Menyentuh usaha terbaru itu, Presiden Imperial College London, Profesor Hugh Brady, berkata:

“Kami sangat teruja untuk meningkatkan lagi sumbangan Imperial kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi Singapura. Imperial Global: Singapura akan berhubung dengan sains dan teknologi terkemuka dunia di Singapura dan Asia Tenggara dan membuka pintu untuk kerjasama yang lebih kukuh dengan (Britain).”

Memberikan ulasannya, Profesor Luke Ong, Naib Presiden (Penyelidikan) NTU, pula berkata: “NTU dan Imperial College London mempunyai perkongsian strategik yang lama dan sejarah kerjasama yang berjaya.

“Inisiatif terbaru ini memanfaatkan pendekatan silang disiplin NTU yang kukuh dalam penyelidikan untuk menangani cabaran dalam penjagaan kesihatan dan membina kekuatan penyelidikan NTU dalam AI, keselamatan siber dan banyak lagi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >