Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imuda bergelar Datuk selepas 40 tahun berseni

Aug 6, 2024 | 4:18 PM
Pelakon komedi, Imuda, antara 103 penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri pada 2024.
Pelakon komedi, Imuda, antara 103 penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri pada 2024. - Foto SINAR HARIAN

Pelakon komedi, Imuda, atau nama sebenarnya, A Rahim Muda, kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri pada 30 Julai.

Gelaran itu diterima sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Imuda, yang terkenal menerusi watak Budin yang dimainkannya dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, antara 103 penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri pada 2024.

Beliau berkata penganugerahan yang diterima itu adalah satu penghargaan dan penghormatan kepada anak seni di Malaysia, khususnya anak jati Pulau Pinang.

“Sejujurnya, saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang (Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak).

“Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” katanya.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu berkata beliau melihat peluang berkarya untuk anak seni di negeri Pulau Pinang adalah agak luas dengan sokongan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

“Tidak dinafikan di Pulau Pinang juga ada peluang-peluang yang baik untuk anak seni berkarya, namun masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

“Masih banyak syarikat-syarikat penerbitan perlu diwujudkan di negeri Pulau Pinang bagi membuka ruang kepada pengembangan kesenian terutamanya dalam seni kreatif,” katanya.

Imuda, yang memulakan kerjayanya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), turut membintangi beberapa filem termasuk Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som yang diadaptasi daripada karya Lat, Mat Gelap, Imigran dan Jutawan Fakir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg