Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia sedia hantar tentera pengaman, pasukan perubatan ke Gaza

Jun 2, 2024 | 1:01 AM
Bakal Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, berucap pada Sidang Puncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24) di Singapura
Bakal Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, berucap pada Sidang Puncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24) di Singapura - Foto REUTERS

Indonesia bersedia menghantar tentera pengaman untuk menguatkuasakan gencatan senjata di Gaza sekiranya diperlukan, kata bakal Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto.

Bercakap pada Sidang Puncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24), Encik Prabowo berkata cadangan tiga fasa oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, untuk gencatan senjata di Gaza adalah satu langkah ke arah kebenaran.

“Apabila diperlukan dan diminta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kami bersedia untuk menghantar pasukan pengaman bagi mengekalkan dan memantau gencatan senjata serta menyediakan perlindungan dan keselamatan kepada semua pihak,” katanya.

Bekas komander pasukan khas tentera dan Menteri Pertahanan Indonesia berusia 72 tahun itu kini bakal mengambil alih jawatan Presiden negara Islam paling ramai penduduk di dunia itu pada Oktober mendatang.

Beliau berkata Presiden Joko Widodo telah meminta beliau untuk mengumumkan bahawa Indonesia juga bersedia memberi bantuan dan rawatan perubatan kepada kira-kira 1,000 pesakit di Gaza.

Hospital Indonesia di Gaza, yang dikendalikan oleh badan bukan pemerintah (NGO) Indonesia telah ditutup pada November 2023.

Menurut Encik Prabowo, siasatan menyeluruh terhadap bencana kemanusiaan di kawasan Rafah di Gaza amat diperlukan serta penyelesaian yang adil kepada situasi di Palestin.

“Itu bermakna ia bukan sahaja soal kewujudan Israel, tetapi juga hak rakyat Palestin untuk hidup dengan aman, memiliki tanah air sendiri dan negara sendiri,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg