Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Inflasi teras S’pura turun kepada 3.2% pada Nov

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi teras S’pura turun kepada 3.2% pada Nov

Dec 26, 2023 | 06:54 PM



Kededua inflasi teras dan inflasi pengguna keseluruhan, turun sedikit pada November disebabkan kenaikan harga barangan runcit, makanan, elektrik, gas dan pengangkutan yang lebih perlahan.

Data rasmi pada 26 Disember menunjukkan inflasi teras, tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan privet untuk mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, mencapai 3.2 peratus tahun ke tahun pada November, iaitu, sama seperti dapatan tinjauan pakar ekonomi Bloomberg.


Ini rendah sedikit daripada 3.3 peratus pada Oktober, apabila harga pengguna teras naik sedikit selepas meningkat pada kadar lebih perlahan selama beberapa bulan, lapor The Straits Times (ST).


Inflasi keseluruhan pada November susut kepada 3.6 peratus tahun ke tahun, daripada 4.7 peratus pada Oktober, sebahagian besarnya disebabkan inflasi pengangkutan privet yang lebih rendah.

Berdasarkan bulan ke bulan, yang menunjukkan momentum harga yang berubah, harga pengguna teras naik 0.1 peratus pada November disebabkan kos makanan dan perkhidmatan lebih tinggi.

Bagaimanapun, inflasi keseluruhan turun sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, pada umumnya disebabkan kos pengangkutan privet yang merosot.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata pada 26 Disember bahawa inflasi teras dijangka kekal sekitar paras ketika ini, dan mencecah pada julat lebih tinggi antara 2.5 peratus dengan 3 peratus pada hujung tahun 2023.

Ia berkata inflasi teras dijangka meningkat pada awal 2024, kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini 8 peratus akan dinaikkan kepada 9 peratus pada 2024.

Bagaimanapun, inflasi teras dijangka mengikuti trend sederhana sepanjang 2024.

MTI dan MAS menyatakan inflasi keseluruhan dijangka mencapai purata sekitar 5 peratus bagi seluruh 2023, dan inflasi teras pula mencecah 4 peratus.

Pada 2024, inflasi keseluruhan diunjur mencapai purata 3 peratus hingga 4 peratus, dan inflasi teras pula diramal mencecah 2.5 hingga 3.5 peratus.

Inflasi perkhidmatan adalah satu-satunya kategori yang bertentangan dengan trend menurun. Ia naik sehingga 3.5 peratus tahun ke tahun pada November daripada 3.4 peratus pada Oktober.

Ini disebabkan kos perkhidmatan pesakit luar, riadah, kebudayaan dan telekomunikasi yang meningkat pada kadar lebih pantas.

Inflasi bagi barangan runcit dan barangan lain turun kepada 1 peratus pada November daripada 1.6 peratus pada Oktober, sebahagian besarnya disebabkan penurunan harga barangan perubatan dan barangan rumah.

Kenaikan lebih kecil dalam kos elektrik bermakna inflasi bagi elektrik dan gas turun kepada 1.5 peratus daripada 1.8 peratus pada Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >