Topik diikuti
Pergi ke BHkuIngin guna daging korban buat sate
Ingin guna daging korban buat sate
Ingin guna daging korban buat sate
Walaupun sakit belakang yang teruk mengehadkan pergerakannya, Cik Shifah Ahmad, 85 tahun, tetap mengukir senyuman lebar pada pagi 5 Julai.
Menggunakan kerusi roda bermotor, Cik Shifah tiba paling awal ke Blok 2 Eunos Crescent dan menjadi individu pertama menerima daging korban daripada Jamiyah Singapura.
Menurut Cik Shifah, daging korban sebanyak 2 kilogram (kg) yang diterimanya itu amat bermakna kerana beliau boleh menggunakannya untuk membuat sate untuk keluarganya – kali pertama beliau mampu berbuat demikian dalam setahun.
Beliau tinggal di flat dua bilik bersama anak lelaki, menantu, dan empat cucunya.
Sebagai benefisiari atau penerima bantuan Jamiyah selama sekurang-kurangnya 10 tahun, Cik Shifah berkata beliau amat bersyukur atas inisiatif dan sokongan berterusan daripada pertubuhan kebajikan itu.
Cik Shifah antara sekitar 100 penerima bantuan yang menerima daging korban semasa pengagihan di Eunos Crescent pada 5 Julai.
Acara itu sebahagian usaha lebih luas Jamiyah untuk mengagih daging korban kepada keluarga kurang berkemampuan sehingga 26 Julai.
Jumlah daging korban yang diagihkan Jamiyah pada 2026 lebih tinggi berbanding 2025, memanfaatkan lebih banyak isi rumah.
Kira-kira 9,400 kg daging korban akan diagihkan kepada 4,700 isi rumah pada 2026, berbanding 8,464 kg yang diagihkan kepada 4,232 isi rumah pada 2025.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, turut hadir untuk menyertai pengagihan daging korban di Eunos Crescent.
