Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ingin tingkat prestasi bidang sukan S’pura melalui analitik data

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ingin tingkat prestasi bidang sukan S’pura melalui analitik data

Mar 01, 2024 | 04:31 PM



Setiap kali keluar bersenam atau bersukan, beliau pasti akan mengumpul data peribadinya – seperti berapa jauh beliau berlari pada hari itu – untuk diteliti bagi memastikan cara terbaik meningkatkan prestasi.

Berdasarkan data yang diteliti, Encik Muhammad Huzaifi Mohd Kamil, yang turut bergiat dalam sukan bola lantai, akan memperhalusi dan memperbaiki program senaman serta latihannya.

Demikian bibit-bibit awal ‘kisah cinta’ Encik Muhammad Huzaifi dengan bidang analitik data, meskipun ia bukan kursus yang dipilihnya semasa di universiti.

Kini beliau berjaya menggabungkan dua bidang yang diminatinya – analitik data dan sukan – dalam menceburi kerjaya sebagai Saintis Laluan Prestasi (Analitik) di Institut Sukan Belia Nasional (NYSI) dengan matlamat memanfaatkan data demi mempertingkat prestasi bidang sukan Singapura.

Encik Huzaifi, 28 tahun, telah menamatkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2020, semasa tempoh pandemik memuncak, dengan sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Meskipun sudah diterima bekerja di syarikat perkapalan Keppel Fels sebelum tamat pengajian, tarikh beliau mula bekerja ditangguhkan disebabkan wabak Covid-19 yang sedang menular.

Justeru, sebaik tamat pengajian, beliau mengambil peluang meningkatkan kemahiran dalam bidang analitik data yang diminatinya melalui program Pensijilan Profesional dalam Analitik Data dan Pembelajaran Mesin di NUS selama sekitar enam bulan.

“Saya fikir lebih baik saya manfaatkan masa dan peluang ini untuk kejar minat saya dan pada masa yang sama tingkatkan kemahiran.

“Memang minat dalam bidang data ini sudah ada dalam diri, sama ada dalam konteks hobi mahupun profesional, kerana bagi saya data ini berkait dengan kehidupan harian kita,” katanya.

Malah, semangat untuk mendalami bidang tersebut tidak terhenti meskipun setelah mula bekerja sepenuh masa di Keppel.

Pada 2023, beliau memutuskan menjalani dua program pensijilan di NUS dalam bidang pengurusan pangkalan data serta strategi dan bercerita menggunakan data.

Setelah berkhidmat tiga tahun – setahun dalam bidang operasi dan dua tahun dalam bidang perancangan dan pengawalan – di Keppel Fels, Encik Huzaifi mengambil keputusan beralih kerjaya dan menyertai Institut Sukan Belia Nasional (NYSI) pada 2023.

Dalam peranannya sebagai Saintis Laluan Prestasi di NYSI, Encik Huzaifi mengumpul dan meneliti data prestasi atlet belia dalam membantu menentukan bidang prestasi yang perlu diperbaiki serta memberikan maklum balas kepada jurulatih dalam membentuk program latihan mereka.

Melalui program yang disertainya itu, Encik Huzaifi turut dapat melihat cara beliau dapat menyumbang dengan lebih baik kepada syarikatnya.

“Dengan pengetahuan mendalam dalam bidang analitik dan pembayangan data, saya mampu membuat penilaian penting berdasarkan set data yang rumit, dan dengan ini dapat membantu proses membuat keputusan dalam organisasi tersebut,” ujar Encik Huzaifi.

Memandang ke hadapan, beliau melahirkan hasrat meneruskan pengajian dalam bidang analitik data dan juga bidang teknologi membangun lain seperti kecerdasan buatan (AI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >