Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Isu tenaga kerja, skim bantuan pemerintah disorot AP Melayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu tenaga kerja, skim bantuan pemerintah disorot AP Melayu

Feb 27, 2024 | 07:49 PM



Isu-isu berkaitan pembangunan tenaga kerja melalui peningkatan kemahiran serta bantuan pemerintah bagi golongan kurang bernasib baik, telah disuarakan beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam di hari kedua sidang Parlimen pada 27 Februari.

Dalam ucapannya, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) menyambut baik pemberian Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) untuk keluarga yang layak agar mereka dapat menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melalui pasaran terbuka selama setahun, sementara menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) siap.

Menurutnya, baucar tersebut akan membantu ramai anggota masyarakat Melayu mendapat perumahan sementara dan bertanya sama ada tempoh bagi baucar flat sewa itu boleh diperpanjangkan lagi.

“Memandangkan masa menunggu BTO (Bina Ikut Tempahan) adalah antara tiga hingga empat tahun secara purata, saya berharap baucar flat sewa ini dapat diberi tempoh dua tahun supaya pasangan muda yang mempunyai anak-anak boleh memasuki perjanjian sewa yang lebih lama. Ini akan memberikan kestabilan untuk diri mereka dan anak-anak mereka,” kata beliau.

Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dalam pada itu menekankan pentingnya Singapura mempunyai ekonomi yang “kuat, cergas dan inovatif” kerana ia akan membawa pekerjaan dan kehidupan lebih baik bagi warga.

Meskipun mengalu-alukan pelaburan pemerintah dalam geran Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 sebanyak $3 bilion, tokokan kepada Dana Produktiviti Negara dan Dana Sektor Kewangan serta peningkatan kepada Perkongsian bagi Transformasi Keupayaan, Encik Sharael mempersoal bagaimana dana ini akan digunakan secara efektif oleh perniagaan.

“Walaupun saya menyokong hasratnya, memandangkan saiz dan skala Dana Produktiviti Negara, bagaimanakah kita memastikan dana digunakan secara berkesan oleh perniagaan untuk memacu peningkatan produktiviti sebenar, menambah nilai kepada industri dan mengubah industri?

“Memandangkan ini adalah sama dengan bajet MCCY (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), apakah cara terbaik untuk mengukur kejayaannya supaya kita boleh memantau sama ada kita berada di laluan yang betul tahun ke tahun?” katanya.

AP Parti Pekerja, Encik Faisal Manap, turut bangkit menyumbang kepada Bahas Belanjawan.

Beliau menyambut baik langkah untuk mengurangkan yuran prasekolah pada 2025 serta peluasan subsidi bagi keluarga berpendapatan rendah.

Namun, dalam isu meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja, beliau menyuarakan keprihatinan dengan mengatakan:

“Saya akur bahawa pemerintah akan meningkatkan sokongan untuk meningkatkan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja kita.

Saya percaya bahawa di sebalik langkah ini, masih terdapat sebahagian besar penduduk kita yang agak berhati-hati – bukan kerana tahap sokongan yang diberikan, tetapi kerana mereka tidak pasti sama ada menjalani peningkatan kemahiran akan meningkatkan pendapatan dan keselamatan pekerjaan mereka.

“Generasi lebih tua juga mungkin memerlukan lebih banyak bantuan dalam mengakses dana latihan mereka di bawah SkillsFuture kerana ramai daripada mereka tidak celik IT (teknologi maklumat).”

Dalam pada itu, Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) membangkitkan isu kecerdasan buatan (AI).

“Kita harus tertumpu pada bagaimana pembangunan AI boleh membolehkan model perniagaan baru dan keuntungan produktiviti, dan dengan itu mencipta nilai di Singapura,” katanya.

Beliau menyarankan agar pemerintah memberi sokongan kepada syarikat untuk menggunapakai AI pada skala yang lebih besar dan luas.

“Saya cadangkan agar AI dan Strategi AI Kebangsaan dijadikan keutamaan Perdana Menteri, disokong oleh sebuah pasukan pusat.

“Pasukan ini juga boleh memberikan kepimpinan berfungsi dalam penggunaan AI dalam fungsi dalaman di seluruh pemerintah... yang boleh mengurangkan kos secara besar-besaran dan meningkatkan keberkesanan dalam pemerintah itu sendiri,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >