Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Inisiatif bantu keluarga KidSTART pupuk tabiat mesra alam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif bantu keluarga KidSTART pupuk tabiat mesra alam

Mar 02, 2024 | 02:30 PM



Mempelajari konsep kemampanan dan memupuk tabiat mesra alam yang menyeronokkan kini lebih mudah bagi keluarga di bawah program KidSTART hasil satu inisiatif baru yang diperkenalkan. 

Diberi nama, ‘Green Adventures’ atau Kembara Hijau, ia bertujuan menggalakkan keluarga lebih sedar mengenai isu kemampanan, dengan melibatkan mereka dalam pengembaraan sepanjang tahun bagi mendedahkan kanak-kanak kepada faktor alam sekitar yang menjejas dunia secara meluas.

Inisiatif hasil kerjasama KidSTART dengan SP Group itu telah dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 2 Mac.

Ia akan memberi tumpuan kepada tiga tema utama iaitu Memelihara Laut, Memelihara Persekitaran dan Memelihara Haiwan.

Green Adventures akan dibiayai hasil sumbangan tambahan SP Group sebanyak $1.1 juta kepada KidSTART, yang juga diumumkan pada 2 Mac.


Ini merupakan tahun ketiga firma utiliti itu bekerjasama dengan KidSTART, pertubuhan bukan mencari keuntungan yang menyokong keluarga dalam pembangunan awal kanak-kanak.

Sejak 2021, SP Group telah mendermakan sejumlah $3.2 juta bagi menyediakan keperluan pembelajaran dan pembangunan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah di bawah KidSTART.

Lagi 2,000 kanak-kanak dijangka meraih manfaat daripada sumbangan terkini itu, yang menawarkan akses kepada sumber pendidikan seperti peranti digital, buku dan aktiviti pembelajaran.

Ketika berucap kepada kira-kira 400 ibu bapa dan kanak-kanak KidSTART semasa majlis pelancaran di Kelab Masyarakat Frontier di Jurong West, Encik Masagos berkata inisiatif seperti Green Adventures dapat membantu menangani perubahan iklim dan “melindungi masa depan kanak-kanak kita”.


“Kita harus melibatkan kanak-kanak daripada usia yang muda, memupuk keinginan mereka untuk memelihara alam sekitar dan menanam tabiat yang positif. Kededua ibu bapa dan kanak-kanak boleh bekerjasama memupuk amalan kemampanan dan menjadikannya aktiviti tetap keluarga serta merebut peluang membincangkan kesan tindakan mereka dan kepentingan kemampanan alam sekitar,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART Singapore, Cik Rahayu Buang, sependapat.

“Isu perubahan iklim adalah sangat nyata. Ia menjejas semua orang, terutamanya kanak-kanak. Kami ingin kanak-kanak tahu mereka juga boleh memainkan peranan menyelamatkan apa yang akan berlaku kepada masa depan mereka…Mereka boleh mempunyai persekitaran yang selamat dan indah untuk didiami,” kongsinya.

Selain Green Adventures, SP Group juga telah menyokong inisiatif drama pentas interaktif, ‘KidSTART Sea Adventures’, dan ‘KidSTART Stories’, yang membantu ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka menerusi sesi bercerita dan membaca, pada 2022.


Pada 2023, ia menganjurkan pementasan Adventures with Andi, yang dihadiri sekitar 850 keluarga KidSTART.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SP Group, Encik Stanley Huang, menambah: “Dalam tahun ketiga kerjasama ini, kami telah berkembang dalam menjadikan kemampanan sebagai cara hidup keluarga KidSTART, menerusi Green Adventures. Ini sejajar dengan tumpuan SP untuk memperkasa masyarakat dengan huraian yang boleh dipercayai, mampan pada hari ini dan masa akan datang.”


Acara pada 2 Mac itu juga menampilkan petikan daripada KidSTART Sea Adventures selain pelbagai gerai bertema alam sekitar yang disokong relawan KidSTART dan SP Group.


Cik Jannatul Munirah Razak, 23 tahun, yang menyertai KidSTART sejak 2021, mengalu-alukan inisiatif Green Adventures.


Ibu kepada dua anak berusia tiga dan lima tahun itu, berkata: “Anak-anak saya banyak belajar tentang alam sekitar daripada acara hari ini. Saya percaya ia penting untuk mendedahkan mereka kepada kemampanan sejak kecil.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >