Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Institusi perkasa pendidikan Islam percuma lebih sedekad

Kelas dalam talian Nur Insan semakin meluas dari Singapura ke China dan Australia
Mar 7, 2025 | 5:30 AM
Nur Insan gigih berkembang dan menjadi institusi Islam yang menawarkan pelbagai program pendidikan ukhrawi seperti asas Al-Quran, dan pengajian Fardu Ain untuk kanak-kanak, remaja serta orang dewasa.
Nur Insan gigih berkembang dan menjadi institusi Islam yang menawarkan pelbagai program pendidikan ukhrawi seperti asas Al-Quran, dan pengajian Fardu Ain untuk kanak-kanak, remaja serta orang dewasa. - Foto NUR INSAN

Sejak lebih 10 tahun, Nur Insan telah menjadi institusi utama dalam menyediakan pendidikan Islam percuma di Singapura. Dengan lebih daripada 3,000 pelajar yang menerima manfaat setiap tahun, Nur Insan terus berusaha memastikan ilmu agama dapat diakses oleh semua masyarakat Islam, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka.

Ramadan ini, Nur Insan mengajak warga setempat menyokong usaha murni ini agar lebih ramai pelajar mendapat manfaat.

Ditubuhkan pada 2014 dengan beberapa kelas kecil, Nur Insan kini telah berkembang menjadi institusi Islam yang menawarkan pelbagai program pendidikan ukhrawi seperti asas Al-Quran, pengajian Fardu Ain, dan kursus khas untuk remaja serta dewasa. Fokus utamanya tetap sama – menyediakan pendidikan agama tanpa sebarang halangan kewangan.

“Ilmu adalah hak setiap individu. Kami ingin memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam mendapatkan pendidikan Islam. Sokongan masyarakat sangat penting untuk kesinambungan misi kami,” kata Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan.

Kini, Nur Insan mempunyai cawangan di Yishun, Bukit Batok dan Geylang, yang berfungsi sebagai pusat utama pembelajaran bagi pelajar daripada pelbagai latar belakang.

Peranan masyarakat bantu masa depan pelajar

Kejayaan Nur Insan tidak akan terwujud tanpa sumbangan dan sokongan masyarakat di sini. Setiap tahun, institusi ini memerlukan sekurang-kurangnya $500,000 untuk menampung kos operasi seperti penyewaan tempat, bahan pembelajaran, dan gaji tenaga pengajar.

Selain itu, sejak 2021 lagi Nur Insan telah memperkenalkan kelas melalui dalam talian, yang telah dimanfaatkan oleh pelajar Islam bukan sahaja di Singapura malah di China dan Australia.

Projek ‘Adopt A Student’

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan bantuan pendidikan, Nur Insan memperkenalkan projek ‘Adopt A Student’, atau pengambilan pelajar titipan. Daya usaha ini bertujuan memberi sokongan tambahan kepada pelajar di bawah Skim Bantuan Nur Insan.

Melalui projek ini, para dermawan akan dapat menaja pelajar secara individu, memastikan mereka mempunyai akses kepada bahan pembelajaran dan sumber pendidikan yang mencukupi. Sebagai tanda penghargaan, Nur Insan akan memastikan penyumbang mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan pelajar yang mereka taja.

“Hulurkan bantuan anda dengan wakaf ilmu Nur Insan, zakat harta, fidyah dan secara derma bulanan. Demi bagi memastikan kesinambungan program pendidikan Islam percuma ini,” ujar Encik Muhammad Faaris.

Untuk menghulur sumbangan atau maklumat lanjut lanjut, sila layari laman Nur Insan di www.nurinsan.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg