Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Istana dikunjungi 8,000 pelawat sempena rumah terbuka Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Istana dikunjungi 8,000 pelawat sempena rumah terbuka Aidilfitri

Apr 21, 2024 | 07:51 PM



Sekitar 8,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada 21 April sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja.

Semasa rumah terbuka tersebut, pengunjung berpeluang bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan juga isterinya Cik Jane Ittogi, untuk berswafoto dan bermesra, selain menyaksikan pelbagai persembahan yang berlangsung.

Persembahan termasuk tarian pelbagai budaya dan lagu tradisional yang menggunakan alat muzik seperti angklung, kulintang, dan gamelan, dipersembahkan oleh pelajar daripada beberapa sekolah.

Sekolah-sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim, Sekolah Menengah Bukit Batok, Sekolah Menengah Fuhua, Sekolah Menengah Hougang, Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Sekolah Menengah Riverside, Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Menengah Yuan Ching dan Sekolah Menengah Yuhua.

Mereka yang hadir juga berpeluang mengunjungi dan membeli di gerai-gerai barangan yang menjual cenderahati Istana.

Barangan yang dijual di gerai-gerai itu disediakan oleh tiga agensi perkhidmatan sosial – Club Heal, Persatuan Distrofi Otot Singapura (MDAS) dan Persatuan Ain.

Lawatan berpandu ke bangunan utama Istana juga disediakan di mana pengunjung dibawa melihat beberapa bilik majlis selain koleksi hadiah negara yang disampaikan selama ini kepada pemimpin Singapura.

Mereka yang berminat dengan flora dan fauna Istana juga telah menyertai lawatan berpandu alam semula jadi kelolaan sukarelawan Lembaga Taman Negara (NParks).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >