Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Iswaran hadapi 27 tuduhan, termasuk rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran hadapi 27 tuduhan, termasuk rasuah

Buat pengakuan tidak bersalah, letak jawatan sebagai menteri dan AP
Jan 18, 2024 | 08:31 PM



Mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran, didakwa di mahkamah pada 18 Januari dengan 27 tuduhan, termasuk menerima rasuah dengan ganjaran bernilai lebih $384,000 keseluruhannya.

Dia, antara lain, didakwa menerima tiket pementasan, perlawanan bola sepak dan beberapa edisi Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura.

Iswaran memberitahu mahkamah dia tidak bersalah dan dalam kenyataan kepada media, dia menolak dakwaan terhadapnya.

Tuduhan itu meliputi dua tuduhan rasuah, 24 tuduhan menerima suapan daripada seseorang yang terlibat dalam urusan perniagaan bersamanya ketika bertugas sebagai penjawat awam dan satu tuduhan mengganggu proses pengadilan.

Dokumen mahkamah menunjukkan kebanyakan tuduhan itu melibatkan hartawan Ong Beng Seng, yang membawa perlumbaan F1 ke Singapura pada 2008.







Iswaran, 61 tahun, ditangkap Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Julai 2023, menyusuli siasatan agensi itu dalam hal berasingan. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.




@beritahariansg

Mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran, telah meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet, Anggota Parlimen (AP) dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP). Berikut liputan dari wartawan kami.

♬ original sound - Berita Harian - Berita Harian



Iswaran kemudian diarahkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, supaya mengambil cuti ketidakhadiran hingga siasatan selesai.

Dalam satu kenyataan pada 18 Januari, Encik Lee berkata Iswaran telah menulis kepadanya untuk meletak jawatan sebagai menteri Kabinet dan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) serta Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast.

Dalam surat bertarikh 16 Januari itu, Iswaran berkata CPIB telah mendakwanya dengan pelbagai kesalahan.







Dalam surat berasingan bertarikh 17 Januari, Iswaran memberitahu Encik Lee rancangannya memulangkan gaji dan elaun yang diterimanya sebagai menteri dan AP sejak CPIB melancarkan siasatan pada Julai 2023. 













“Namun adalah penting untuk saya menangani perkara sebegini dengan teliti mengikut undang-undang. Ia adalah perkara yang sewajarnya dilakukan. Kita mesti menjaga integriti parti dan pemerintah.

“Saya pasti anda memahami kepentingan berbuat demikian. Rakyat Singapura mengharapkan tidak kurang daripada itu,” kata Encik Lee.

Apabila ditemui media pada 18 Januari, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah telah mengendalikan perkara ini dengan tegas dan proaktif.

Beliau turut menekankan pendirian PAP terhadap rasuah “tiada tolak ansur”.


“Tidak boleh ada kompromi, tiada kelonggaran, tiada penipuan mengenai perkara ini – tidak kira kesannya kepada politik. Ini adalah sebahagian daripada DNA kami,” ujar Encik Wong.

Dalam kenyataan kepada media, Iswaran menolak dakwaan terhadapnya. Dia berkata dia menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Encik Lee “walaupun tanpa diminta berbuat demikian”.

“Saya tidak bersalah dan kini akan memberi tumpuan untuk membersihkan nama saya,” tulisnya.

“Saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat kerana saya percaya ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.”


Menyusuli peletakan jawatan Iswaran, Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat dinaikkan pangkat menjadi Menteri Pengangkutan mulai 18 Januari. Beliau juga dilantik sebagai Menteri Kedua Kewangan.


Sementara itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan menggalas tugas tambahan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan.

Iswaran kini dibebaskan dengan ikat jamin $800,000 dan sidang praperbicaraannya dijadualkan pada 1 Mac.

Dia diwakili pasukan peguam yang termasuk Peguam Kanan Davinder Singh daripada firma Davinder Singh Chambers.


Pasukan pendakwa pula dipimpin Ketua Pendakwa Encik Tan Kiat Pheng, dan dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya Encik Jiang Ke Yue dan Encik Kelvin Chong.


Iswaran telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen di GRC West Coast sejak 1997.


Dia dilantik menjadi menteri penuh dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 2011 dan telah memegang jawatan menteri dalam pelbagai kementerian temasuk pendidikan, ehwal dalam negeri serta perhubungan dan penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >