Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Surat balas PM Lee kepada Iswaran

Jan 18, 2024 | 3:55 PM
SURAT BALAS: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menerima peletakan jawatan S Iswaran sebagai Menteri Kabinet dan Anggota Parlimen (AP).  
SURAT BALAS: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menerima peletakan jawatan S Iswaran sebagai Menteri Kabinet dan Anggota Parlimen (AP).   - Foto fail

17 Januari 2024

Encik S lswaran

Saya menerima surat peletakan jawatan anda bertarikh 16 Januari 2024. Saya menerima peletakan jawatan anda sebagai Menteri Kabinet dan sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP). Saya maklum bahawa anda juga telah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) bagi Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) West Coast.

Saya juga menerima surat anda yang berikutnya bertarikh 17 Januari 2024. Saya maklum mengenai keputusan anda untuk memulangkan semua wang yang diterima menerusi gaji sebagai Menteri dan elaun sebagai AP sejak Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memulakan siasatan pada Julai 2023.

Saya berasa kecewa dan sedih kerana anda meninggalkan politik dalam keadaan sebegini. Tetapi adalah penting saya menangani perkara sedemikian dengan tegas sejajar dengan undang-undang. Ia adalah perkara baik untuk dilakukan. Kita perlu menegakkan integriti Parti dan Pemerintah. Saya yakin anda memahami kepentingan berbuat demikian. Rakyat Singapura mengharapkan tidak kurang daripada itu.

Yang ikhlas

Lee Hsien Loong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg