Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ITE tawar 14 kursus Nitec Lanjutan baru mulai 2024

Dec 18, 2023 | 5:01 PM
KURSUS BARU: Sebanyak 14 kursus Nitec Lanjutan baru bakal ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal mulai 2024, membawa jumlah kepada 25. Ia adalah sebahagian inisiatif untuk mempertingkat struktur kurikulum Nitec Lanjutan.
KURSUS BARU: Sebanyak 14 kursus Nitec Lanjutan baru bakal ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal mulai 2024, membawa jumlah kepada 25. Ia adalah sebahagian inisiatif untuk mempertingkat struktur kurikulum Nitec Lanjutan. - Foto fail

Sebanyak 14 kursus Nitec Lanjutan baru, termasuk bidang Sains Makanan Gunaan, Teknologi Proses Kimia dan Pelancongan, bakal ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mulai 2024, membawa jumlah kepada 25 kursus.

Kursus tersebut, yang berlangsung selama tiga tahun, adalah sebahagian inisiatif untuk mempertingkat struktur kurikulum Nitec Lanjutan.

Inisiatif itu, yang diperkenalkan pada 2022, direka untuk menyediakan graduan ITE dengan kemahiran yang lebih mendalam berkaitan industri, meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan, serta mewujudkan asas kukuh untuk pendidikan berterusan dan pembangunan kemahiran sepanjang kerjaya mereka.

Kesemua 25 kursus Nitec Lanjutan terbuka kepada pelajar yang lulus dengan kelayakan GCE Peringkat ‘N’ dan GCE Peringkat ‘O’.

Pelajar boleh memohon kemasukan ke kursus tersebut melalui Pendaftaran Pengambilan Bersama (JIE) mulai 2.30 petang pada 18 Disember hingga 5 petang pada 21 Disember 2023.

Mereka akan didaftarkan secara automatik ke laluan kurikular tiga tahun yang membawa kepada kelayakan Nitec Lanjutan.

25 Kursus Nitec Lanjutan Ditawarkan oleh ITE pada Tahun Akademik 2024:

  • Nitec Lanjutan dalam Perakaunan
  • Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Sukan
  • Nitec Lanjutan dalam Kejuruteraan Elektronik
  • Nitec Lanjutan dalam Sistem & Rangkaian IT
  • Nitec Lanjutan dalam Keselamatan & Rangkaian Siber
  • Nitec Lanjutan dalam Sistem Maklumat Perniagaan
  • Nitec Lanjutan dalam Pembangunan Aplikasi IT
  • Nitec Lanjutan dalam Integrasi Sistem Keselamatan
  • Nitec Lanjutan dalam Aplikasi AI
  • Nitec Lanjutan dalam Kejuruteraan Data
  • Nitec Lanjutan dalam Aplikasi & Permainan Imersif
  • Nitec Lanjutan dalam Sains Makanan Gunaan
  • Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Kecantikan & Kesejahteraan
  • Nitec Lanjutan dalam Teknologi Bio-Kimia
  • Nitec Lanjutan dalam Pentadbiran Perniagaan
  • Nitec Lanjutan dalam Teknologi Proses Kimia
  • Nitec Lanjutan dalam Penjagaan Masyarakat & Perkhidmatan Sosial
  • Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Acara
  • Nitec Lanjutan dalam Dandanan Rambut & Pengurusan Salun
  • Nitec Lanjutan dalam Pengurusan Logistik & Rantaian Bekalan
  • Nitec Lanjutan dalam Kejururawatan
  • Nitec Lanjutan dalam Optisianri
  • Nitec Lanjutan dalam Perniagaan Runcit & Dalam Talian
  • Nitec Lanjutan dalam Perkhidmatan Penumpang
  • Nitec Lanjutan dalam Pelancongan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg