Topik diikuti
Pergi ke BHkuJalani ibadah umrah dalam suasana dingin lagi tenteram
Jalani ibadah umrah dalam suasana dingin lagi tenteram
Jalani ibadah umrah dalam suasana dingin lagi tenteram
Menjalani ibadah umrah pada musim sejuk boleh memberi pengalaman yang lebih tenteram, selesa dan tenang.
Cuaca selesa ini membantu jemaah mengurangkan rasa letih, dehidrasi, atau berpeluh berlebihan ketika tawaf, sai, atau ziarah, sekali gus membantu jemaah mengekalkan tenaga dan lebih fokus kepada ibadah solat, zikir atau membaca Al-Quran tanpa rasa tidak selesa dek kepanasan.
Apatah lagi, waktu malam di Makkah dan Madinah lebih panjang – memberikan ketenangan mendalam kepada jemaah melakukan qiamullail, bertahajud atau beriktikaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Oleh itu, agensi pelancongan Hahnemann Travel & Tours mengalu-alukan masyarakat Islam membuat tempahan pakej umrah eksklusif menjelang hujung tahun ini dan awal tahun depan, di mana jemaah berpeluang menjalani ibadah umrah pada bulan Ramadan.
“Di Hahnemann Travel & Tours, kami menggabungkan keindahan musim sejuk dengan pengalaman eksklusif yang kami bina sejak 1983.
“Makanan premium, penginapan hotel 5-bintang yang terletak kurang 80 meter dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat berbaloi yang tidak boleh dapat di mana-mana di Singapura dengan hotel dan harga ditawarkan.
“Dengan penjimatan lebih murah daripada melakukan umrah buat sendiri (DIY), jemaah dan keluarga boleh fokus sepenuhnya untuk beribadah dengan khusyuk, tenang, dan selesa,” kata jurucakap agensi itu.
Mempunyai pelbagai pakej umrah, dari sembilan hingga 15 hari, Hahnemann Travel & Tours menawarkan harga pakej mulai $2,999 buat tempahan dari September 2026 hingga Mac 2027.
Harga pakej umrah bergantung pada tempoh lawatan dan jenis bilik hotel yang dipilih.
Lebih istimewa lagi, agensi ini menawarkan diskaun $300 bagi setiap pasangan yang membuat tempahan pakej umrah dari September 2026 hingga Mac 2027.
Pakej umrah ke Makkah dan Madinah merangkumi tiket penerbangan ekonomi pergi-balik termasuk cukai; hotel lima bintang premium, Hotel Jumeriah dan Hotel Maden Taiba, yang berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi; kereta api laju antara kota suci; hidangan juadah antarabangsa dan mutawif berpengalaman yang membimbing setiap langkah ibadah.
Selain itu, Hahnemann Travel & Tours juga menawarkan pakej umrah bersama lawatan ke kota suci penuh keberkatan, Masjid Al-Aqsa, dan warisan Islam keajaiban dunia Petra.
Walaupun lebih mencabar dan ketat untuk memasuki Masjid Al-Aqsa kini akibat kemuncak ketegangan geopolitik, agensi ini mahu mengingatkan jemaah supaya meletakkan kepercayaan kepada rancangan Allah swt dan insya-Allah, mereka akan mendapat ganjaran pahala atas niat dan usaha mereka untuk mengunjungi masjid itu.
Hahnemann Travel & Tours berpengalaman lebih 40 tahun sejak 1983 di bawah naungan dan bimbingan Allahyarhamha Ustazah Chik Othman, membawa jemaah umrah dan haji.
Mengutamakan kepimpinan dan keselesaan jemaah, ia menjamin layanan penuh amanah dan ihsan; memastikan jemaah aman menjalani ibadah umrah berlandaskan Al-Quran dan sunah.
SEKILAS
1. Promosi istimewa
Diskaun sebanyak $300 bagi pakej umrah pilihan Hahnemann Travel & Tours bagi setiap pasangan. Pendaftaran mesti dilakukan sebelum 30 Ogos ini.
2. Kunjungi gerai Hahnemann Travel & Tours pada acara:
* Mak Besar, 31 Julai hingga 2 Ogos
– Jumeirah, Booth F1
* Festival Fesyen Muslim, 7 Ogos hingga 9 Ogos
– Booth A43
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
1. Talian 6749-1131 atau WhatsApp ke talian 9775-2605. Layari laman www.hahnemanntravel.com.sg.
2. Kunjungi pejabat Hahnemann Travel & Tours di 60 Paya Lebar Road, Office Lobby 2, #12-42 Paya Lebar Square, 409051 (bersebelahan Stesen MRT Paya Lebar – EW8).