Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jamiyah agih pek daging lengkap bagi meriahkan Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Jamiyah agih pek daging lengkap bagi meriahkan Raya

Sekitar 2,660 bungkusan diberikan kepada keluarga susah
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Beramal sempena menyambut lailatulqadar, malam diberkati yang menawarkan peluang unik untuk meningkatkan amal dan kemurahan hati dalam mencari rahmat Allah swt. Justeru, Jamiyah Singapura mengajak penderma mengambil kesempatan ini dengan menyumbang kepada usaha kebajikannya terutama kepada keluarga berpendapatan rendah.


Pada 2023, Jamiyah Singapura telah mengedarkan 2,660 pek Pengagihan Daging Untuk Hari Raya, atau Meat-For-Eid (MFE), kepada keluarga berpendapatan rendah di 15 Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC), menjelang Hari Raya. Ia akan meneruskan usaha yang sama pada 2024.

Setiap bungkusan mengandungi 2 kilo daging, dua ekor ayam, 1 kilo beras basmati, pek rempah-ratus seperti kari dan asam, minyak masak, kuih Raya dan lain-lain lagi.

Setiap bungkusan MFE ini bertujuan membantu keluarga menyediakan juadah istimewa untuk menyambut Hari Raya. 

Cik Nor Intan (bukan nama sebenar), 36 tahun, ibu tunggal tiga anak, penerima MFE tahun 2023 dan 2024, berkata keluarganya amat teruja menerima pemberian pek sempena ketibaan Syawal ini.

“Kami sekeluarga amat gembira sekali dapat pek Meat-For-Eid ini. Dengan daging dan ayam yang diberi dapatlah saya masak sajian Raya untuk anak-anak saya. Kami juga menerima makanan bento untuk berbuka dan berterima kasih sekali kepada Jamiyah,” kata Cik Nor Intan.


Sumbangan anda akan membawa senyuman kepada sekitar 2,000 keluarga yang menghadapi kesempitan hidup mereka yang tersendiri.

“Keluarga saya sebanyak lapan orang, pendapatan agak sempit kerana suami saya seorang saja yang bekerja dan enam anak kami masih bersekolah. Jadi, apabila dapat bantuan pek Raya sebegini pastinya kami gembira kerana dapat juga merasa hidangan Raya seperti keluarga-keluarga lain,” kongsi seorang lagi penerima tahun 2023 dan tahun ini, Cik Haslinda (bukan nama sebenar), seorang suri rumah yang bersyukur dengan bantuan yang diterima demi memeriahkan sambutan Raya keluarganya.

Sedekah merupakan peluang ibadah yang tidak patut disia-siakan apatah lagi pada malam-malam terakhir ini dengan umat Islam berlumba-lumba mengejar lailatulqadar.

Anda boleh menyumbang bagi pakej Pengagihan Daging Untuk Hari Raya, atau Meat For Eid (MFE), atau sedekah kepada Chasing Lailatul Qadar yang menyokong usaha kebajikan Jamiyah. Untuk ‘Chasing Lailatul Qadar’, penderma boleh tetapkan jumlah sumbangan setiap hari hingga akhir Ramadan. Anda juga boleh menggunakan khidmat ‘Amil Bergerak’ yang akan mengutip zakat anda dari rumah atau pejabat anda dengan mengimbas kod-kod QR yang diberikan.


Tunaikan zakat bersama Jamiyah, dengan mengunjungi pusat-pusat Jamiyah atau hubungi talian 9720-5001 untuk perkhidmatan ‘Amil Bergerak’ dengan wakil daripada Jamiyah akan mengambil zakat anda dari rumah, pejabat atau tempat yang sesuai untuk anda. Anda juga boleh mengimbas kod-kod QR tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >