Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jangan bayar bagi tawaran kerja 

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)
Feb 25, 2024 | 5:30 AM
Usah terburu-buru ketika menerima tawaran pekerjaan. Jika anda diminta supaya membayar wang pendahuluan untuk sesuatu pekerjaan, ia berkemungkinan besar satu penipuan.
Usah terburu-buru ketika menerima tawaran pekerjaan. Jika anda diminta supaya membayar wang pendahuluan untuk sesuatu pekerjaan, ia berkemungkinan besar satu penipuan. - Foto ISTOCKPHOTO

Anda disertakan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp oleh orang yang tidak dikenali, dan ditawarkan kerja sambilan yang mudah dan menguntungkan.

Limpahan mesej masuk daripada ahli lain dalam kumpulan itu. Mereka puji kerjanya senang, waktu kerja fleksibel dan kebebasan bekerja dari rumah. Ada juga berkongsi tangkapan layar skrin pendapatan mereka.

Bunyinya sungguh menarik?

Caranya ialah: Selepas diberi komisen kecil untuk tugasan mudah, anda diminta pula membayar sejumlah wang agar mula memperoleh “gaji besar”.

Dan itu petanda jelas bahawa ia satu penipuan, kata Superintenden Polis Matthew Choo, penolong pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, Pasukan Polis Singapura (SPF).

Pada enam bulan pertama 2023, penipuan pekerjaan adalah jenis penipuan yang paling biasa di Singapura. Terdapat 9,914 kes dilaporkan dan mangsa kehilangan $135.7 juta.

Penipuan ini biasanya melibatkan mangsa yang ditawarkan pekerjaan dalam talian yang boleh dilakukan dari rumah. Penipu akan menghubungi melalui aplikasi mesej seperti WhatsApp atau Telegram, menyamar sebagai kakitangan daripada wadah terkenal atau syarikat pemasaran dalam talian.

Superintenden Choo menjelaskan bahawa penipu akan menggunakan “taktik psikologi” untuk menarik mangsa.

Ini termasuk:

– Wujudkan rasa mendesak dek masa singkat diberi untuk terima tawaran kerja

– Sertakan mangsa ke dalam kumpulan sembang dengan ahli lain bantu “membuktikan” kesahihan tawaran kerja melalui ulasan dan tangkapan skrin wang yang diterima

– Gunakan teknik memberikan komisen awal, yang mengumpan mangsa agar memindahkan wang mereka sendiri untuk mengambil “pekerjaan” yang lebih besar bagi mendapatkan lebih banyak wang.

Jika anda diminta untuk membayar wang pendahuluan untuk sesuatu pekerjaan, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan.
Jika anda diminta untuk membayar wang pendahuluan untuk sesuatu pekerjaan, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg