Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jangka hayat penduduk S’pura naik kepada 83.5 tahun pada 2024 

Wanita miliki jangka hayat lebih panjang iaitu 85.6 tahun, manakala lelaki 81.2 tahun
May 27, 2025 | 4:11 PM
jangka hayat, wanita, lelaki, singapura, 2024
Jangka hayat bagi wanita pada 2024 adalah 85.6 tahun, sementara bagi lelaki adalah 81.2 tahun. - Foto fail

Jangka hayat penduduk Singapura pada 2024 meningkat berbanding 2023 serta dekad lalu, kata Jabatan Perangkaan (DOS) pada 27 Mei.

Jangka hayat penduduk Singapura meningkat sebanyak 0.9 tahun berbanding dekad lalu, daripada 82.6 tahun pada 2014 kepada 83.5 tahun pada 2024.

Angka terkini juga mencatatkan peningkatan sedikit berbanding 83.2 tahun pada 2023.

Jangka hayat merujuk kepada purata usia seseorang yang dijangkakan berdasarkan kadar kematian sepanjang hidup mereka.

Maklumat itu terkandung dalam Laporan Jadual Kehidupan Lengkap Untuk Penduduk Tetap Singapura 2023-2024 yang dikeluarkan oleh DOS, lapor The Straits Times (ST).

Penduduk Singapura merujuk kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR).

Walaupun kededua jantina menikmati jangka hayat yang lebih panjang sejak dekad lalu, jika dibandingkan, wanita memiliki jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki.

Jangka hayat bagi wanita pada 2024 ialah 85.6 tahun, manakala bagi lelaki ialah 81.2 tahun.

Sejak sedekad lalu, jangka hayat lelaki meningkat sebanyak 0.9 tahun dari 80.3 tahun pada 2014, sementara jangka hayat wanita meningkat sebanyak 0.8 tahun dari 84.8 tahun pada 2014.

Laporan yang dikeluarkan pada 27 Mei itu menyatakan bahawa jangka hayat dari 2020 hingga 2023 terjejas akibat kadar kematian yang lebih tinggi berikutan pandemik Covid-19.

Pada 2021, ST melaporkan bahawa jangka hayat penduduk Singapura menurun buat pertama kalinya dalam sejarah sejak data tersebut mula tersedia lebih 60 tahun lalu dan ini disebabkan oleh kadar kematian yang lebih tinggi akibat pandemik Covid-19.

Jangka hayat menurun sekitar 10 minggu daripada 83.7 tahun pada 2019 sebelum pandemik kepada 83.5 tahun pada 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg