Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Janji bekerja dengan pemerintah secara membangun, tidak berpihak: Kok Song

Aug 24, 2023 | 7:30 PM
TAHU CARA LIBAT DIRI: Calon Presiden, Encik Ng Kok Song, berkata beliau faham bagaimana jentera pemerintah berfungsi dan tahu cara-cara untuk melibatkan diri dengan berkesan tanpa membuat gangguan.
TAHU CARA LIBAT DIRI: Calon Presiden, Encik Ng Kok Song, berkata beliau faham bagaimana jentera pemerintah berfungsi dan tahu cara-cara untuk melibatkan diri dengan berkesan tanpa membuat gangguan. - Foto ST

Calon Presiden, Encik Ng Kok Song, berikrar untuk bertugas secara membina dan tidak berbelah bagi dengan pemerintah demi memajukan kepentingan rakyat Singapura sekiranya dipilih sebagai Presiden.

Menyatakan demikian dalam perutusan calon Presiden pada Khamis, Encik Ng berkata beliau tidak akan melibatkan diri dalam diplomasi megafon dan juga tidak akan mengelak daripada mengajukan soalan-soalan penting walaupun payah.

“Saya faham bagaimana jentera pemerintah berfungsi dan saya tahu cara-cara untuk melibatkan diri dengan berkesan tanpa membuat gangguan,” katanya, yang merupakan calon pertama berucap dalam siaran mesej calon Presiden di saluran televisyen dan radio pada Khamis.

Encik Ng berkata, Presiden adalah simbol perpaduan bagi rakyat Singapura dan sekiranya dipilih, beliau mahu memperjuangkan untuk ‘Melakukan yang Sejahtera’, ‘Melakukan yang Betul’ dan ‘Melakukan Kebaikan’ atau dalam istilah Inggerisnya; ‘Do Well, Do Right and Do Good’ untuk rakyat Singapura.

Beliau menerangkan, Melakukan yang Sejahtera merujuk kepada memiliki ketahanan minda dan tubuh.

“Saya telah lama memperjuangkan kesihatan mental yang baik, malah Encik Lee Kuan Yew juga ketahui tentang kuasa meditasi untuk menenangkan minda dan kekal seimbang,” katanya.

Melakukan yang Betul ialah untuk hidup berdasarkan kod kewibawaan, melakukan yang terbaik mampu demi keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, pada masa sakit atau sihat, dalam masa baik atau buruk, dan dalam masa susah atau senang.

Melakukan Kebaikan pula ialah untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan baik.

“Sepanjang beberapa tahun, saya telah memperjuangkan dan menyumbang kepada kumpulan-kumpulan penjagaan paliatif, sektor kurang upaya, kebajikan kanak-kanak, dan kebajikan haiwan. Saya berikrar untuk memberi suara kepada golongan belia, warga senja dan masyarakat yang lebih terdedah agar tiada sesiapa yang ketinggalan dalam kemajuan Singapura,” katanya.

Encik Ng turut menekankan bahawa beliau berdiri sebagai calon yang tidak berpihak bagi jawatan Presiden Dipilih – tidak disokong oleh pemerintah mahupun mana-mana parti politik.

Beliau berkata beliau percaya masanya sudah tiba bagi Presiden Dipilih didatangkan dari individu yang tidak berpihak kepada parti politik iaitu seorang Presiden yang tidak terkait dengan mana-mana parti politik dan tidak disokong oleh mana-mana parti politik.

Encik Ng menambah, Presiden harus bebas dari mana-mana parti politik agar dapat melaksanakan tanggungjawabnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Beliau berkata sejauh ini, Presiden Dipilih terdahulu merupakan individu yang terkait atau disokong oleh parti politik yang memerintah.

“Sudah tiba masanya untuk perubahan yang dialu-alukan dalam pilihan raya presiden kali ini,” katanya.

Mengenai pengalaman yang ada pada dirinya yang akan memastikan beliau dapat menjadi Presiden yang berkesan, Encik Ng menerangkan beliau telah meluangkan 45 tahun dalam perkhidmatan awam dan melaburkan rizab negara di GIC dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

“Saya akan membawa bersama pengalaman yang diperlukan untuk melindungi khazanah kita, serta komitmen untuk membina kebebasan institusi Singapura,” katanya.

Di peringkat global, Encik Ng berkata, beliau akan berusaha gigih untuk meluaskan ruang Singapura di mata dunia.

“Sepanjang kerjaya saya, saya telah berhubungan dengan ramai pemimpin negara, eksekutif korporat, pelabur dari seluruh dunia. Semua ini merupakan rangkaian global yang berharga yang dapat saya manfaatkan demi kepentingan Singapura,” katanya.

Sepanjang beberapa tahun, saya telah memperjuangkan dan menyumbang kepada kumpulan-kumpulan penjagaan paliatif, sektor kurang upaya, kebajikan kanak-kanak, dan kebajikan haiwan. Saya berikrar untuk memberi suara kepada golongan belia, warga senja dan masyarakat yang lebih terdedah agar tiada sesiapa yang ketinggalan dalam kemajuan Singapura. Sudah tiba masanya untuk perubahan yang dialu-alukan dalam pilihan raya presiden kali ini.
Encik Ng Kok Song.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg