Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Janji, harapan buat anak

Jun 15, 2025 | 5:30 AM
bapa, surat, anak, Hari Bapa
Encik Mohammed Nazir Bujang (kiri) berjanji akan sentiasa ada untuk enam anaknya, termasuk Mohammed Haziq yang mengalami kelewatan pembangunan global (GDD). - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Seorang bapa, dengan pelbagai tanggungjawab yang digalasnya, mungkin tidak mempunyai banyak kesempatan untuk berbual dengan anak-anak.

Namun bapa tetap menunjukkan mereka prihatin dan sayang, dalam cara tersendiri.

Sempena Hari Bapa ini, empat bapa yang diwawancara Berita Minggu berkongsi harapan dan janji mereka untuk anak-anak mereka.

Muhammad Shakir Juanda, 37 tahun, tiga anak

Assalamualaikum anak-anak Abi,

Abi ingin menitipkan nota ringkas dari hati. Sentiasa ingat untuk menghormati orang yang lebih tua dan jangan lupa untuk mengerjakan solat lima waktu harian kamu; kerana ia adalah kewajiban kita sebagai orang Muslim.

Belajarlah bersungguh-sungguh kerana ilmu membuka pintu-pintu rezeki, tetapi jangan lupa untuk bermain dan bergembira juga.

Hidup ini tentang keseimbangan – belajar apabila tiba masanya dan berseronok apabila waktunya tiba.

Paling penting, ketahuilah bahawa Abi akan sentiasa menyayangi kamu semua.

Tidak kira di mana kamu berada atau apa yang kamu lakukan, kasih sayang Abi untuk kamu akan sentiasa ada.

Salam sayang,
Abi

Muhammad Zharfan Mohd, 36 tahun, tiga anak

Kepada anak-anak Ayah,

Ayah menulis ini dengan harapan kamu akan membacanya bila sudah dewasa nanti.

Kamu telah mengubah hidup ayah dan menunjukkan apa erti cinta sejati.

Sentiasalah rapat, saling menyokong antara satu sama lain dan berbuat baik.

Ayah berharap ayah telah menjadi ayah yang baik.

Dekatkan diri dengan Allah dan jadilah versi terbaik diri.

Ayah akan menyayangi kamu bertiga untuk selama-lamanya.

‘Amir’, 33 tahun, empat anak

Anak-anak Daddy,

Daddy rindu kamu semua setiap hari.

Suara kamu, tawa kamu dan keriangan kamu yang dulu kadang buat Daddy rasa penat, sekarang itulah yang paling Daddy rindui.

Walaupun Daddy pernah buat salah dan kecewakan kamu, kasih sayang Daddy pada kamu tak pernah berubah.

Daddy janji bila Daddy kembali nanti, Daddy akan ada untuk kamu sepenuhnya.

Kita akan meluangkan masa bersama dan yang paling Daddy nanti-nantikan, kita akan pergi ke Sea Aquarium.

Terima kasih kerana masih memberi Daddy peluang.

Daddy sayang kamu lebih dari apa yang kamu tahu.

Mohammed Nazir Bujang, 47 tahun, enam anak

Anak-anak Daddy,

Daddy mahu kamu semua tahu yang Daddy sentiasa ada di sini.

Kamu boleh bergantung pada Daddy.

Kamu dah besar macam mana pun, kamu boleh datang beritahu Daddy.

Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, Daddy boleh selesaikannya.

Daddy mahu kamu yakin dengan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg