Komitmen Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, terhadap usaha memupuk keharmonian silang agama dan persekitaran yang inklusif telah membolehkan Singapura berkembang sebagai masyarakat berbilang bangsa dan budaya, kata pemimpin badan-badan Melayu Islam.
Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman berkata sokongan Encik Lee terhadap masyarakat Islam tidak ternilai, terutamanya dalam cara beliau memupuk persekitaran yang meriah dan inklusif dan komitmennya terhadap keharmonian agama dan kebajikan masyarakat.
Di bawah kepimpinan Encik Lee, Ustaz Azri berkata Singapura berkembang sebagai masyarakat berbilang budaya di mana individu dari pelbagai latar belakang dapat hidup bersama secara aman dan harmoni.
“Dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan dialog antara agama secara signifikan mengukuhkan ikatan antara pelbagai masyarakat agama, memastikan sikap saling menghormati dan persefahaman kekal sebagai teras identiti nasional kita.
“Penglibatan aktif Encik Lee dengan masyarakat Islam, ditandai dengan kehadiran beliau di acara dan keterbukaan beliau untuk mendengar kebimbangan pemimpin masyarakat, mencerminkan keprihatinan beliau yang tulus terhadap semua rakyat Singapura.
“Kesanggupan beliau untuk melibatkan diri dengan kami membina kepercayaan dan rasa hormat, merapatkan jurang antara pelbagai segmen masyarakat. Legasi keterangkuman dan keharmonian beliau akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” kata Ustaz Azri.
Bersependapat, Presiden Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain berkata, melangkaui masyarakat Islam, Encik Lee memainkan peranan penting dalam menggalakkan persefahaman dan keharmonian antara kaum, terutamanya dalam membincangkan isu-isu sukar dan sensitif seperti radikalisasi dan pemansuhan seksyen 377A.
Menambah, Ustaz Azri berkata usaha Encik Lee dalam pembangunan dan penyelenggaraan masjid menyediakan kemudahan dan sumber penting untuk ibadah dan pendidikan.
Ini membolehkan umat Islam mengamalkan kepercayaan mereka dan memupuk semangat kekitaan dan kemasyarakatan.
Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid berkata keputusan untuk mewajibkan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) pada 2017 merupakan satu pencapaian penting di bawah kepimpinan Encik Lee dalam memastikan kualiti dan konsistensi ajaran Islam di Singapura.
“Dengan mewajibkan ARS, pemerintah telah menunjukkan komitmennya untuk mengekalkan keharmonian dan keselamatan beragama.
“Selain itu, ia menyediakan platform untuk mengiktiraf kredibiliti guru agama Islam dan memastikan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat kepada masyarakat mereka dengan berkesan,” kata Ustaz Tarmizi.
Beliau juga menekankan bahawa Encik Lee juga telah membuat banyak keputusan yang sukar semasa kepimpinannya, seperti dasar berkaitan pemakaian tudung, menyokong asatizah semasa pandemik Covid-19 dan pindaan perlembagaan untuk melindungi definisi perkahwinan antara lelaki dan wanita.
Dalam menyedari keprihatinan isi-isu tersebut oleh masyarakat berbilang kaum dan agama, Ustaz Tarmizi berkata Encik Lee meluangkan masa untuk mendengar daripada pemimpin dan wakil masyarakat yang membantu membuka jalan kepada perubahan dasar.
“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, SM Lee telah menunjukkan komitmen yang mendalam untuk berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam dan mempromosikan kepelbagaian agama di Singapura.
“Di bawah kepimpinan beliau dalam menguruskan pandemik Covid-19, Singapura berjaya mengharungi krisis, melaksanakan langkah pantas dan berkesan untuk melindungi kesihatan awam dan mengurangkan gangguan ekonomi,” kata Ustaz Tarmizi.
Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim berkata sokongan Encik Lee buat kaum wanita juga amat ketara dan dapat dilihat dalam dasar-dasar yang beliau memperjuangkan semasa beliau memimpin negara sebagai Perdana Menteri.
Semasa Rapat Hari Kebangsaan 2021, Encik Lee mengumumkan wanita Islam dalam sektor penjagaan kesihatan boleh memilih untuk memakai tudung di tempat kerja.
Ia satu langkah penting yang mencerminkan penghargaan pemerintah terhadap aspirasi masyarakat Melayu / Islam.
Singapura turut menamakan 2021 sebagai Tahun Meraikan Wanita SG di mana pemerintah melibatkan orang ramai dan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula perundangan dan amalan semasa, dan membentangkan cadangan untuk meningkatkan kesejahteraan dan sokongan bagi wanita.
Pada 2022, pemerintah juga mengeluarkan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang menggariskan 25 pelan tindakan untuk meningkatkan kehidupan wanita di Singapura.
“SM Lee berkongsi aspirasi kami dan menghargai keyakinan PPIS untuk terus memajukan kepentingan wanita, mengubah minda, dan memastikan kemajuan wanita di Singapura.
“Beliau memandang serius kemajuan wanita, memberi isyarat kepada seluruh negara tentang peri pentingnya memajukan kesaksamaan jantina dan mempertingkat martabat wanita dalam masyarakat,” kata Cik Hazlina.
Dalam pada itu, Encik Nassar berkata di bawah kepimpinan Encik Lee, masyarakat Melayu berjaya meraih pendidikan yang lebih tinggi dan lebih ramai kini menyertai kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (Stem).
Beliau turut merakamkan penghargaannya terhadap Encik Lee yang sentiasa menyokong 4PM dalam memperkasa dan memberi peluang untuk belia meningkatkan pelajaran dan menyumbang kepada masyarakat.
“Encik Lee sentiasa menekankan kepentingan utama pendidikan sepanjang hayat sebagai alat penting dalam memartabatkan masyarakat Melayu/Islam dan membolehkan kejayaan sosial dan ekonomi yang dimiliki hari ini. Ini seiring dengan pertumbuhan peluang kerjaya bagi orang Melayu/Islam.
“Selain itu, Encik Lee juga memastikan masyarakat Melayu/Islam mempunyai akses kepada sumber dan sokongan untuk memaksimumkan potensi generasi baru.
“Salah satu platform ini ialah menerusi Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) untuk MMO membina kapasitinya bagi membantu masyarakat dengan cara yang berkesan dan relevan,” kata Encik Nassar.
Beliau menambah masyarakat Melayu/Islam mampu mencapai kemajuan yang ketara selama ini kerana komitmen Encik Lee untuk mengadakan dialog secara berkala dengan masyarakat Melayu/Islam untuk memahami keperluan dan aspirasi mereka.
“
Kepimpinan mantan Perdana Menteri Encik Lee, sepanjang dua dekad lalu adalah kepimpinan yang terbuka dan kolaboratif, sesuatu yang amat kami hargai. Kebijaksanaan beliau yang tidak ternilai dan pendekatan yang jujur dengan kami memberikan pandangan yang berharga, membolehkan kami berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat Islam dan Singapura secara amnya,”“
“SM Lee berkongsi aspirasi kami dan menghargai keyakinan PPIS untuk terus memajukan kepentingan wanita, mengubah minda, dan memastikan kemajuan wanita di Singapura. Beliau memandang serius kemajuan wanita, memberi isyarat kepada seluruh negara tentang peri pentingnya memajukan kesaksamaan jantina dan mempertingkat martabat wanita dalam masyarakat,”“
“Encik Lee sentiasa menekankan kepentingan utama pendidikan sepanjang hayat sebagai alat penting dalam memartabatkan masyarakat Melayu/Islam dan membolehkan kejayaan sosial dan ekonomi yang dimiliki hari ini. Ini seiring dengan pertumbuhan peluang kerjaya bagi orang Melayu/Islam. Selain itu, Encik Lee juga memastikan masyarakat Melayu/Islam mempunyai akses kepada sumber dan sokongan untuk memaksimumkan potensi generasi baru,”“
“Dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan dialog antara agama secara signifikan mengukuhkan ikatan antara pelbagai masyarakat agama, memastikan sikap saling menghormati dan persefahaman kekal sebagai teras identiti nasional kita. Penglibatan aktif Encik Lee dengan masyarakat Islam, ditandai dengan kehadiran beliau di acara dan keterbukaan beliau untuk mendengar kebimbangan pemimpin masyarakat, mencerminkan keprihatinan beliau yang tulus terhadap semua rakyat Singapura,”“
“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, SM Lee telah menunjukkan komitmen yang mendalam untuk berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam dan mempromosikan kepelbagaian agama di Singapura. Di bawah kepimpinan beliau dalam menguruskan pandemik Covid-19, Singapura berjaya mengharungi krisis, melaksanakan langkah pantas dan berkesan untuk melindungi kesihatan awam dan mengurangkan gangguan ekonomi,”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg