Pada 7 November, Berita Harian (BH) telah sekali lagi meraikan pencapaian cemerlang dua individu Melayu/Islam, menerusi penyampaian Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan 2025. Majlis penyampaian di Hotel Four Seasons itu dihadiri sekitar 230 pemimpin negara dan masyarakat serta rakan kongsi BH, termasuk para penaja. Diadakan buat kali ke-27, Anugerah Jauhari mengiktiraf pencapaian individu Melayu/Islam dalam bidang tertentu, manakala Anugerah Jauhari Harapan mengiktiraf individu muda berusia 30 tahun dan ke bawah, yang mempunyai potensi mencapai kemajuan lebih tinggi. OCBC merupakan penaja utama, di samping tajaan bersama penaja lain, MES Group, Persatuan Bank Singapura (ABS), Call Lade Enterprises, dan NETS. Berikut sajian foto yang dirakam dalam majlis itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg