Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jelajah seni selongkar sejarah, warisan Kampong Gelam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jelajah seni selongkar sejarah, warisan Kampong Gelam

Feb 04, 2024 | 07:40 PM



Mengupas lapisan sejarah Kampong Gelam yang kaya warisan dan budaya akan menjadi matlamat utama pertubuhan seni bebas, OH! Open House, apabila program jelajah seni edisi ke-10 yang dianjurkannya kembali pada Mac.

Diurus oleh pengarah eksekutif OH! Open Open, Encik Alex Oei, program itu yang dipanggil OH! Kampong Gelam, akan menampilkan 11 karya seni oleh penggiat seni kontemporari Singapura terkenal, seperti Cik Jane Lee dan Encik Ezzam Rahman, serta pelukis Thailand terkenal, Encik Ruangsak Anuwatwimon dan kolektif seni Malaysia, Pangrok Sulap.


Bertema ‘Palimpsest’, iaitu perkataan yang bermakna sekeping bahan tulisan yang dipadamkan tulisan awalnya, OH! Kampong Gelam meneroka kesan penggunaan peta dan pelan induk dan bagaimana ia membentuk kawasan itu menjadi pelabuhan kosmopolitan sibuk dan pusat bernadikan warisan dan budaya Melayu.


Penduduk Kampong Gelam generasi ketiga, Cik Faizah Jamal, yang merupakan antara keluarga Melayu terakhir yang masih tinggal di kawasan itu, meluahkan rasa terujanya dengan adanya program itu.

Baginya, program jelajah seni itu membuka peluang baginya berkongsi pengalaman hidup di kawasan tersebut dan membincangkan secara jujur tema perpindahan dan hakisan sejarah Kampong Gelam.

“Saya rasa bangga dan kagum untuk berkongsi pengalaman hidup saya di kawasan kejiranan, dan mengadakan perbincangan yang jujur tetapi sukar mengenai perpindahan, kehilangan dan kemusnahan sejarah Kampong Gelam bersama golongan penggiat seni dan sukarelawan OH! Open House. Saya tidak sabar untuk melihat naratif ini diterokai dalam jelajah seni yang akan datang,” jelasnya.


Selain meraikan edisi ke-10 program jelajah seninya, OH! Open House meraikan ulang tahun ke-10 sebagai badan amal.


Jelajah seni sebelum ini telah membawa pengunjung menjejaki kawasan kejiranan seperti Tiong Bahru dan Potong Pasir, memberikan pengalaman seni yang unik di luar galeri dan muzium.

Jelajah seni sebelum ini ialah OH! Niven Road (2009), OH! Marine Parade (2011), OH! Tiong Bahru (2012), OH! Marina Bay (2013), OH! Joo Chiat (2015), OH! Potong Pasir (2016), OH! Holland Village (2017), OH! Emerald Hill (2018), dan OH! Jalan Besar (2021).


Menurut Encik Ibrahim Tahir, pengasas kedai buku Wardah Books yang terletak di Kampong Gelam, kepentingan jelajah seni pada 2024 digariskan lagi oleh warisan budaya Kampong Gelam, yang pernah dikenali sebagai ibu kota sastera Alam Melayu.

“Sama seperti berlakunya pertukaran barangan yang pantas di bandar pelabuhan ini, para sarjana datang ke sini untuk bertukar-tukar idea dan mengambil bahagian dalam perbincangan dan perdebatan yang aktif.

“Kita melihat perkara ini dalam teks dan risalah yang diterbitkan oleh penerbit di sini dengan tidak ramai yang mengingati sejarah yang ada.

“Justeru, Wardah Books cuba memperjuangkan tradisi ini. Kami berharap dapat mengingatkan orang ramai tentang warisan Kampong Gelam dengan bekerjasama dengan OH! untuk jelajah seni ini,” jelas Encik Ibrahim.


Tiket untuk OH! Kampong Gelam berharga $35 dan boleh didapati secara eksklusif di wadah tempahan kegiatan Klook.


Program itu dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad, 10.30 pagi hingga 5 petang, dari 30 Mac hingga 12 Mei, kecuali pada 13 dan 14 April disebabkan sambutan Hari Raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >