Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji Singapura mula berangkat ke Tanah Suci

Jun 9, 2023 | 7:30 PM
DAKAPAN ERAT: Kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi untuk menghantar jemaah haji ke Tanah Suci.
DAKAPAN ERAT: Kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi untuk menghantar jemaah haji ke Tanah Suci. - Foto MUIS

Jemaah Singapura telah mula berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Dalam satu catatan Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat, rombongan pertama jemaah haji sudah berlepas ke Jeddah pada Khamis dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Catatan itu menambah lebih ramai jemaah haji akan berlepas dalam dua minggu akan datang.

Dalam pada itu, jemaah Singapura yang bakal menunaikan ibadah haji di Tanah Suci akan disediakan dengan sokongan perubatan yang baik, termasuk pasukan perubatan yang lebih besar berbanding 2022.

Ini sedang kerajaan Arab Saudi menjangkakan lebih ramai jemaah tahun ini berbanding tahun-tahun lalu ekoran sekatan pandemik Covid-19 yang telah dilonggarkan.

Demikian dikongsi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kepada Berita Harian (BH) ketika ditemui di taklimat prakeberangkatan haji yang diadakan di Max Atria, Singapore Expo pada 27 Mei.

Encik Masagos berkata seramai 19 pegawai perubatan dan kejururawatan bakal menemani jemaah haji tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg