Seramai 900 anggota jemaah haji Singapura yang akan menunaikan haji pada 2024 sedang buat persiapan untuk berangkat dengan kumpulan pertama dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 3 Jun.

Beberapa acara telah diadakan minggu lalu untuk menandakan perjalanan mereka, dengan kesihatan sebagai tema utama sepanjang acara tersebut.