Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji wanita dari S’pura meninggal dunia di Arafah akibat serangan jantung

Jun 27, 2023 | 6:55 PM
-

Seorang jemaah haji wanita berusia 61 tahun dari Singapura meninggal dunia akibat serangan jantung pada Selasa (27 Jun).

Jemaah itu ialah Cik Wan Bee Mohamed Gousmia dan menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) berkata beliau meninggal dunia di Hospital Alwadi Mina, di Mina. Keluarganya telah dimaklumkan.

Beliau disahkan mengalami serangan jantung sekitar 1.30 pagi pada 27 Jun (waktu Saudi).

Cik Wan Bee menyertai rombongan jemaah haji yang menggunakan khidmat agensi haji TM Fouzy Travel & Tours.

Dihubungi BH, jurucakap TM Fouzy berkata Cik Wan Bee dikejarkan ke hospital di Mina itu dari Arafah.

Jenazahnya akan dikebumikan di sana menyusuli solat jenazah di Masjidil Haram selepas waktu Asar, iaitu sekitar 10 malam pada 27 Jun waktu Singapura.

Menurut jurucakap TM Fouzy itu, SPAO dan Konsular Singapura di Jeddah telah menghulur bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg