Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji termasuk dari S’pura mula perjalanan ke Arafah

Jun 26, 2023 | 7:26 PM
BERMULA: Jemaah haji dari serata dunia tiba di Mina  pada 26 Jun, sebelum meneruskan perjalanan ke Arafah.
BERMULA: Jemaah haji dari serata dunia tiba di Mina pada 26 Jun, sebelum meneruskan perjalanan ke Arafah. - Foto AFP

MINA: Sekitar dua juta anggota jemaah haji dari serata dunia, termasuk sekitar 900 anggota jemaah dari Singapura telah mulakan perjalanan ke Arafah.

Ini adalah kali pertama bilangan jemaah seramai itu berhimpun di Makkah, Arab Saudi, sejak pandemik Covid-19 melanda tiga tahun lalu.

Ini juga adalah kali pertama kerajaan Arab Saudi melonggarkan semua protokol dan sekatan keselamatan yang dilaksana semasa pandemik.

Jemaah yang tiba di Makkah pada Ahad melaksanakan tawaf qudum (tawaf selamat datang) – salah satu kewajipan ibadah haji– sebelum bergerak ke kota khemah Mina.

Tawaf qudum adalah tawaf pertama yang dilakukan oleh jemaah haji selepas mengenakan pakaian ihram, iaitu melambangkan kezuhudan sebagai proses melatih diri untuk kembali kepada fitrah asalnya iaitu suci dan murni.

Tawaf ini menandakan ketibaan jemaah haji di Makkah, pusat kerohanian Islam dan titik tumpuan ibadah haji.

Pada malam Ahad, jemaah mula bergerak ke Mina – bandar perkhemahan yang terletak kira-kira 5 kilometer ke timur Makkah yang terkenal sebagai yang terbesar seumpamanya di dunia – menjelang kemuncak haji di Jabal Rahmah, di Arafah, tempat Nabi Muhammad saw menyampaikan khutbah terakhirnya.

Pada 2019, kira-kira 2.5 juta jemaah menunaikan ibadah haji. Namun, disebabkan wabak sejagat, hanya 10,000 anggota jemaah dibenarkan menunaikan haji pada 2020. 

Jumlah jemaah meningkat kepada hampir 59,000 pada 2021.

Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik, terdapat seramai 899,353 jemaah haji pada 2022, yang merangkumi 779,919 jemaah dari luar Arab Saudi dan 119,434 jemaah setempat.

Jumlah itu kekal rendah berbanding angka prapandemik.

Namun, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa musim haji tahun ini menyambut ketibaan dua juta anggota jemaah, termasuk 200,000 jemaah setempat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg