Topic followed successfully
Go to BHku2 diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana seludup dadah, termasuk lebih 2kg ganja
2 diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana seludup dadah, termasuk lebih 2kg ganja
2 diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana seludup dadah, termasuk lebih 2kg ganja
Dua rakyat Malaysia telah diberkas kerana cuba menyeludup dadah, termasuk methamphetamine, atau Ice, dan ganja, ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 4 Mei.
Dalam satu kenyataan bersama pada 7 Mei, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata seorang wanita berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa cuba menyeludup 261 gram Ice dan 2,261 gram ganja.
Mereka yang mengimport atau mengeksport lebih daripada 250 gram Ice atau lebih 500 gram ganja boleh menghadapi hukuman mati.
Dalam kes tersebut, pegawai ICA mengarahkan kereta pasangan itu yang berdaftar di Malaysia untuk pemeriksaan lanjut di pusat pemeriksaan pada 4 Mei.
Dalam pemeriksaan itu, mereka menemui beg galas milik pasangan itu di dalam but kereta.
Satu beg plastik dan dua bungkusan hitam, yang dipercayai mengandungi dadah terkawal, ditemui tersembunyi di sebalik seluar jeans di dalam beg galas, menurut kenyataan bersama itu.
Pegawai CNB kemudian dimaklumkan dan menemui Ice di dalam beg plastik dan ganja di dalam bungkusan hitam tersebut.
Dadah tersebut ditaksirkan bernilai lebih $71,000 dan boleh memenuhi ketagihan kira-kira 470 penagih selama seminggu, kata pihak berkuasa. Siasatan sedang diteruskan.
