Kes pecut di CIQ: Dua lelaki M’sia ditahan di Tuas dengan dadah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes pecut di CIQ: Dua lelaki M’sia ditahan di Tuas dengan dadah

Feb 25, 2026 | 7:29 PM

Kes pecut di CIQ: Dua lelaki M’sia ditahan di Tuas dengan dadah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pemandu, dadah, warga Malaysia, kereta
Pemandu yang ditangkap tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika waktu kejadian. - Foto THE STAR

Dua lelaki warga Malaysia ditahan selepas cuba mengelak pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 22 Februari.

Sebanyak 97 gram heroin, 69 gram methamphetamine atau dikenali sebagai Ice, tiga butir pil Erimin-5, 27 pil yang dipercayai mengandungi dadah terkawal, serta pelbagai peralatan berkaitan dadah, ditemui dengan pemandu dan dalam sebuah beg kecil di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Pemandu itu juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika itu.

Dalam satu kenyataan media pada 25 Februari, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas ternampak kereta tersebut menuju ke zon motosikal pada 2.45 petang pada 22 Februari, sebelum ia membuat pusingan U tanpa kebenaran di pintu masuk.

Pemandu kemudian memandu melawan arus trafik menuju masuk ke Singapura ke arah Malaysia, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pegawai segera diarah untuk memintas kenderaan itu, kata ICA.

Memandangkan kereta tersebut berpatah balik ke arah Malaysia, pihak berkuasa Singapura memaklumkan rakan sejawat mereka di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Apabila kenderaan sama memasuki semula Pusat Pemeriksaan Tuas pada sekitar 3 petang dan dikesan, sekatan penuh di pusat pemeriksaan itu segera diaktifkan, ujar ICA. 

Kereta itu memecut melalui salah satu lorong dan merosakkan palang pengadang di zon kargo sebelum berjaya dihentikan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pegawai segera mengawal kenderaan tersebut dan menahan dua lelaki warga Malaysia, pemandu berusia 40 tahun dan penumpangnya yang berusia 53 tahun.

Kededua lelaki tersebut kemudian diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) dan siasatan berkaitan kesalahan dadah masih dijalankan.

Pemandu itu turut disiasat ICA atas pelbagai kesalahan imigresen dan oleh Polis Trafik (TP) kerana memandu secara melulu serta kesalahan lalu lintas lain.

Satu klip video sepanjang 34 saat yang memaparkan kereta itu dipandu secara berbahaya di KSAB pada 22 Februari tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia memecut di lorong bertentangan ketika dikejar polis bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg