2 penagih muda maut selepas kali pertama guna ‘Ice’, ketamin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 penagih muda maut selepas kali pertama guna ‘Ice’, ketamin

Jan 20, 2026 | 4:22 PM

2 penagih muda maut selepas kali pertama guna ‘Ice’, ketamin

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, drugs, ice, ketamine, death, drug user
Dalam siasatan Koroner pada 20 Januari, Koroner Encik Adam Nakhoda menyifatkan kejadian itu sebagai tragis memandangkan usia mereka yang masih muda. - Foto ST

Seorang remaja lelaki, penagih dadah kali pertama, ditemui kaku di bilik tidurnya, manakala di bilik lain, kenalan wanitanya ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia kemudiannya.

Dalam siasatan koroner pada 20 Januari, Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda menyifatkan tragedi ini amat menyayat hati kerana usia mereka yang masih muda.

Atas perintah mahkamah, identiti, usia dan alamat yang berkaitan dengan kes ini dirahsiakan.

Pada 20 Januari, pegawai penyiasat – yang dikenali sebagai Inspektor Balai (SI) Farhan semasa siasatan koroner – memaklumkan polis menerima panggilan daripada paramedik pada 31 Januari 2025.

Mereka menemui pemuda itu sudah tidak bernyawa di sebuah rumah tiga tingkat, dengan tanda kekejuran yang jelas.

Terdapat juga kesan kecederaan di kepala dan wajahnya.

Serbuk putih, kapsul hijau dan alat vape dijumpai di sekitar bilik.

Kenalannya, seorang wanita muda, ditemui tidak sedarkan diri bersama seorang lagi di bilik tidur berasingan.

Wanita itu dikejarkan ke Hospital Besar Changi, namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Tiada maklumat terperinci tentang siapa yang menemui ketiga-tiga mereka, termasuk orang ketiga yang turut ditemui.

SI Farhan berkata polis tidak dapat memastikan sama ada lelaki dan wanita itu pernah bertemu sebelum kejadian.

Siasatan setakat ini menunjukkan mereka tidak berkongsi rakan-rakan yang sama, tambahnya.

Beliau menambah polis tidak menemui unsur jenayah.

Ujian bedah siasat mengesahkan kedua-dua mereka sukarela mengambil metamfetamin, atau Ice, yang dikesan dalam tubuh mereka.

Beliau berpendapat kecederaan yang dialami lelaki itu selaras dengan kesan sampingan pengambilan Ice, yang kadangkala boleh menyebabkan pergerakan badan yang tidak terkawal semasa khayal.

Mesej teks antara mereka mendedahkan lelaki itu memiliki jumlah Ice yang tidak diketahui dan merancang untuk menjualnya.

Kedua-duanya mengaku sebagai pengguna kali pertama dan sedang berbincang kaedah untuk mengambil Ice tersebut.

SI Farhan menyatakan lelaki itu sempat merakam pengambilan dadah itu melalui dua video dalam telefon bimbitnya.

Bedah siasat lelaki itu mendapati kesan amfetamin dan Ice dalam badannya.

Jumlah Ice yang ditemui berada pada paras dos yang boleh membawa maut.

Laporan bedah siasat wanita itu pula mengesan kehadiran dadah dan ketamin yang serupa, tetapi tidak menyatakan secara eksplisit bahawa dos yang ditemui adalah dos yang boleh meragut nyawa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg