Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pemain bola sepak Tanjong Pagar United didakwa serang pemain Albirex 

Jul 23, 2025 | 4:45 PM
Rizqin Aniq Rahaizad, Tanjong Pagar United, Albirex
Menurut dokumen mahkamah, Rizqin Aniq Rahaizad didakwa memukul seorang pemain pertahanan Albirex di Stadium Jurong East pada 10 Februari. - Foto PEMBACA ST

Bekas pemain bola sepak Tanjong Pagar United, Rizqin Aniq Rahaizad, pada 23 Julai didakwa atas dua tuduhan serangan. 

Dia didakwa memukul dua pemain bola sepak Albirex Niigata pada akhir perlawanan Liga Perdana Singapura Bawah 21 pada Februari lalu.

Menurut dokumen mahkamah, Rizqin, yang kini berusia 20 tahun, didakwa memukul seorang pemain pertahanan Albirex berusia 17 tahun di bahagian mulut.

Ia berlaku di Stadium Jurong East pada 10 Februari sekitar 9.45 malam, menyebabkan pendarahan ringan, lapor The Straits Times (ST).

Identiti remaja itu tidak boleh didedahkan kerana dia di bawah umur 18 tahun dan dilindungi oleh Akta Kanak-Kanak dan Belia.

Rizqin juga didakwa memukul seorang lagi pemain pertahanan Albirex, Kenji Austin Ho, yang ketika itu berusia 20 tahun, di bahagian kiri mukanya pada malam tersebut.

Tanjong Pagar United mengumumkan pada 12 Februari bahawa kontrak Rizqin telah dibatalkan. 

Akhbar ST melaporkan pada Mac bahawa Rizqin juga dikenakan larangan bermain selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) serta denda sebanyak $2,000 atas kejadian itu.

Kes Rizqin akan dibicarakan semula pada 20 Ogos. 

Jika disabitkan dengan serangan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000 bagi setiap pertuduhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg