Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pengurus Mendaki dituduh cuba peroleh rasuah diberi amaran bersyarat

Aug 5, 2025 | 3:22 PM
Zulkifli Kader, bekas pengurus Mendaki
Encik Zulkifli Kader diberi amaran bersyarat selama dua tahun dan dilepaskan tanpa dibebaskan pada 30 Julai. - Foto ST

Bekas pengurus teknologi maklumat digital di Yayasan Mendaki yang dituduh cuba mendapatkan rasuah telah diberi amaran bersyarat selama dua tahun.

Amaran sedemikian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, disertakan dengan syarat dan tempoh tertentu.

Encik Zulkifli Kader, 51 tahun, telah dituduh cuba mendapatkan rasuah dalam bentuk komputer riba Lenovo ThinkPad T14 bernilai lebih $1,000 daripada seorang pekerja syarikat teknologi A-Speed sebagai ganjaran menerima tendernya bagi kerja yang dikaitkan dengan kumpulan bantu diri masyarakat Melayu/Islam itu.

Warganegara Malaysia itu diberi amaran bersyarat dan dilepaskan tanpa dibebaskan pada 30 Julai, bermakna beliau masih boleh didakwa atas kesalahan itu jika maklumat atau bukti berkaitan muncul kemudian.

Encik Zulkifli dilaporkan tidak lagi bekerja dengan Yayasan Mendaki.

Tanpa mendedahkan butiran di sebalik keputusan itu, Jabatan Peguam Negara memberitahu The Straits Times (ST) pada 5 Ogos: “Setelah mempertimbangkan dengan teliti fakta dan keadaan perkara itu, pihak pendakwaan mengarahkan supaya amaran bersyarat 24 bulan diberikan kepada tertuduh sebagai ganti pendakwaan.”

Pihak pendakwaan juga memohon pelepasan itu dan Hakim Daerah Kelly Ho membenarkannya semasa persidangan praperbicaraan.

Encik Zulkifli bekerja dengan Yayasan Mendaki apabila beliau dikatakan melakukan kesalahan itu sebanyak tiga kali dalam tempoh antara 18 April dengan 8 Mei 2023.

Pada 4 Februari, Encik Zulkifli, yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura, didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan cuba memperoleh rasuah.

Di bawah undang-undang, pesalah yang cuba memperoleh rasuah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda hingga $200,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg