Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice: Waspada jika terima borang tinjauan palsu janjikan $4,000 dalam talian

Aug 19, 2025 | 4:19 PM
FairPrice mengingatkan bahawa kaji selidik menerusi WhatApp itu merupakan penipuan dan tiada kaitan atau disokong oleh pasar raya tersebut.
FairPrice mengingatkan bahawa kaji selidik menerusi WhatApp itu merupakan penipuan dan tiada kaitan atau disokong oleh pasar raya tersebut. - Foto FAIRPRICE GROUP

Para pelanggan FairPrice perlu sentiasa berwaspada dan perlu memeriksa terlebih dahulu kesahihan borang tinjauan yang mendakwa rangkaian pasar raya itu menawarkan ganjaran bernilai $4,000.

Dalam e-mel kepada pelanggan, ia memberi amaran bahawa penipuan menerusi tinjauan yang kini disebarkan menerusi WhatsApp itu tiada kaitan dengan FairPrice atau disokong olehnya.

FairPrice berkata sesiapa yang telah menerima borang tinjauan berkenaan harus mengelak daripada menekan butang klik pada pautan dan berkongsi sebarang maklumat peribadi, lapor The Straits Times (ST).

Mesej palsu menjanjikan ganjaran tunai sebagai pertukaran untuk melengkapkan borang tinjauan itu adalah taktik biasa yang digunakan oleh penipu untuk mendapatkan akses kepada data sensitif.

FairPrice mengingatkan pelanggan semua promosi rasmi dan tawaran produk hanya tersedia melalui aplikasi FairPrice Group atau laman web rasminya.

“Kami tidak akan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS), WhatsApp atau mesej lain yang meminta nama pengguna, kata laluan atau maklumat kewangan anda,” tambahnya.

Pelanggan yang menerima mesej yang mencurigakan boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan FairPrice di 6380-5858 atau e-mel pertanyaan kepada general.feedback@fairprice.com.sg.

Kemas kini rasmi turut disediakan pada saluran media sosial FairPrice yang sah.

Pelanggan yang ditawarkan ganjaran yang kelihatan terlalu hebat untuk menjadi kenyataan mesti berhati-hati, tambahnya.

Pada Oktober 2023, polis menyatakan terdapat aneka penipuan melibatkan aplikasi palsu Sheng Siong dan FairPrice Group.

Akibat penipuan itu, polis menyatakan sekurang-kurangnya 11 orang kehilangan $403,000 atau lebih sejak September.

Dalam kes itu, mangsa menekan butang klik pada iklan dalam Facebook – kononnya mempromosi barangan makanan seperti beras, biskut dan daging itik.

Mereka kemudian diarahkan ke wadah mesej WhatsApp dan memuat turun Kit Pakej Android (APK) untuk membuat pesanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg