SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki didakwa cuba rompak pengurup di Simei

Lelaki didakwa cuba rompak pengurup di Simei

Namun segera melarikan diri tanpa wang tunai selepas mangsa enggan akur
Apr 13, 2026 | 2:33 PM

Lelaki didakwa cuba rompak pengurup di Simei

Rompakan, Simei, Leong Kok Keong, pengurup wang, nota tulisan tangan rompakan, jenayah Simei Street 6, berita mahkamah Singapura, rompakan Farrer Park, wang
Nota yang didakwa ditunjukkan oleh perompak, Leong Kok Keong, kepada pengurup wang di Simei Street 6, pada 10 April. - Foto SPF

Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada 13 April kerana cubaan merompak pengurup wang.

Dia didakwa menunjukkan nota tulisan tangan: “Diam! Berikan saya semua SGD + MYR + USD. Jangan bergerak!”

Leong Kok Keong, 58 tahun, warga Malaysia, didakwa cuba merompak sebuah kedai pengurup wang di Simei Street 6 sekitar 4.20 petang pada 10 April.

Dia didakwa menunjukkan nota ancaman itu kepada pengurup wang.

Namun, Leong segera melarikan diri tanpa wang tunai selepas mangsa enggan akur dengan permintaannya.

Mangsa tidak cedera dan tiada wang yang hilang dalam kejadian itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata, Leong ditangkap tidak lama kemudian.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 20 April.

Cubaan merompak membawa hukuman penjara antara dua dengan tujuh tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan.

Bagaimanapun, Leong dikecualikan daripada hukuman rotan kerana usianya melebihi 50 tahun.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada 10 April, tiga lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah unit kediaman berhampiran Farrer Park.

Empat mangsa kerugian $16,300 wang tunai, seutas rantai emas dan seutas gelang emas yang diserahkan kepada ketiga-tiga perompak itu sebelum mereka melarikan diri.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg