Lim Tean dipenjara lebih lama, jalankan tugas guaman tanpa sijil

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lim Tean dipenjara lebih lama, jalankan tugas guaman tanpa sijil

Feb 23, 2026 | 6:59 PM

Lim Tean dipenjara lebih lama, jalankan tugas guaman tanpa sijil

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lim Tean, mahkamah, penjara, Lim Tean dipenjara, Lim Tean sijil guaman sah, kes mahkamah Lim Tean, peguam tanpa lesen Singapura, berita jenayah mahkamah SG, Peoples Voice Lim Tean, hukuman penjara peguam Singapura, Berita Harian Singapura
Pada 23 Februari 2025 mahkamah menaikkan hukuman penjara terhadap Lim Tean kepada tiga bulan dan seminggu kerana menjalankan khidmat guaman selama dua bulan pada 2021 tanpa sijil sah.  - Foto ST

Mahkamah Tinggi pada 23 Februari menambah hukuman ke atas peguam dan ahli politik pembangkang, Lim Tean, kerana menjalankan perkhidmatan guaman selama dua bulan pada 2021 tanpa sijil yang sah.

Lim, 61 tahun, sebelum ini dijatuhi penjara enam minggu dan didenda $1,000 oleh hakim Mahkamah Daerah pada Februari 2025 selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Kerjaya Guaman (LPA). 

Lim merayu terhadap sabitan dan hukuman, manakala pihak pendakwa memohon hukuman lebih berat.

Hakim Kannan Ramesh menaikkan hukuman penjara kepada tiga bulan dan seminggu. 

Lim, yang diwakili Encik Patrick Fernandez dan Encik Mohamed Arshad, diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman. 

Menurut Encik Arshad, Lim sedang mempertimbangkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan perlu menyediakan rayuan pengurangan hukuman bagi seorang anak guam dalam kes jenayah yang masih berjalan.

Mahkamah memerintahkan Lim menyerah diri di Mahkamah Negara pada 24 April.

Lim ialah pengasas parti Suara Rakyat (PV) dan pengasas bersama Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR). 

Dia juga berdepan tuduhan lain, termasuk gangguan dan pecah amanah jenayah.

Di bawah Perlembagaan, individu yang dipenjarakan sekurang-kurangnya setahun atau didenda minimum $10,000 hilang kelayakan bertanding atau memegang kerusi Parlimen selama lima tahun.

Antara 1 April dengan 9 Jun 2021, Lim menghadiri pelbagai prosiding dan memfailkan dokumen tanpa sijil amalan yang sah. 

Di Singapura, peguam perlu memohon sijil bagi setiap tahun amalan, dari 1 April hingga 31 Mac. 

Lim gagal memohon sijil tepat pada masanya kerana beliau belum memperoleh insurans profesional yang diperlukan untuk permohonan itu.

Dia memohon pada 9 Jun 2021 dan menerima sijil sehari kemudian. 

Dalam perbicaraan, Lim memilih untuk berdiam diri dan tidak memanggil saksi.

Secara berasingan, Persatuan Guaman memohon agar namanya digugurkan daripada daftar peguam berhubung cara dia mengendalikan cek $30,000 milik anak guamnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg