Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran maut akibat tidak ikut arahan rakan kerja

May 19, 2025 | 7:37 PM
ponraman eazhumalai, maut, tempat kerja
Encik Ponraman Eazhumalai meninggal dunia selepas kemalangan pada 2 Disember 2023, di tapak beliau bertugas di Jurong Road. - Foto KELUARGA PONRAMAN EAZHUMALAI

Seorang pekerja migran yang maut selepas dadanya dihempap ​​jentera di atas trak tidak mengendahkan arahan rakan sekerjanya berhubung proses kerja, menurut hasil siasatan koroner.

Rakannya, yang mengendalikan trak ketika itu dan bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja, juga tidak perasan akan kehadiran Encik Ponraman Eazhumalai, 23 tahun, sebelum beliau dihempap jentera berkenaan.

Pada 16 Mei, Koroner, Cik Brenda Chua membentang penemuannya mengenai kematian Encik Eazhumalai, seorang warga India yang maut di tempat kerjanya di Jurong Road pada 2 Disember 2023.

Encik Eazhumalai ialah penolong operator pam di TMC Concrete Pumping Services, manakala rakan sekerjanya, Encik Vellaisamy Saravana Kumar, ialah operator trak pam konkrit.

Mereka telah menyelesaikan kerja-kerja menuang konkrit pada kira-kira 10.50 malam dan sedang bersiap untuk menarik balik jentera pada trak apabila kemalangan itu berlaku.

Semasa Encik Vellaisamy mengendalikan panel kawalan trak, beliau mengarahkan Encik Eazhumalai supaya tidak mengeluarkan plat penstabil yang diletakkan di bawah jentera kenderaan.

Namun apabila Encik Vellaisamy menutup penstabil tambahan di bahagian belakang, Encik Eazhumalai mengambil plat penstabil di bawahnya dan terperangkap di antara jentera dengan trak.

Apabila terdengar Encik Eazhumalai menjerit, Encik Vellaisamy menoleh dan melihat apa yang telah berlaku.

Beliau segera melepaskan Encik Eazhumalai, yang berjalan ke hadapan dan kemudian rebah.

Beliau dilihat tidak mengalami kecederaan teruk tetapi mengalami kesukaran bernafas.

Beliau dikejarkan ke Hospital Farrer Park dengan kecederaan parah di dada dan mengalami pendarahan di kedua-dua paru-paru.

Encik Eazhumalai meninggal dunia di hospital kira-kira 18 jam kemudian.

Menjawab kebimbangan anggota keluarga mendiang tentang mengapa beliau tidak dihantar ke hospital berhampiran tempat kerja, Cik Chua berkata Encik Eazhumalai dibawa ke hospital dalam keadaan sedar dan mampu memberi respons.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg