Berikut adalah jenis memancing yang terdapat di Singapura:
1. Kolam berbayar: Tedapat beberapa syarikat swasta yang menyediakan khidmat memancing di kolam. Anda juga boleh menangkap udang dan haiwan laut lain.
2. Air tawar: Anda dibenar memancing di Kolam Air Kranji, Bedok dan Kallang.
3. Pantai: Aktiviti ini menggunakan joran sepanjang 12 hingga 16 kaki, yang mampu mencapai permukaan yang lebih dalam. Antara tempat yang popular untuk memancing ialah pantai East Coast, pantai Changi, pantai Sembawang, pantai Pulau Ubin, Changi Boardwalk, Jeti Punggol.
4. Bongkah ‘pemecah’ ombak: Menggunakan joran sepanjang 6.5 hingga 7 kaki untuk mendapatkan ikan dan biasanya menggunakan kekili berputar. Biasanya dilakukan di Pulau Sisters’ dan Pulau St John’s.
5. Jaring: Jaring direndam dalam air untuk menjerat ikan di kawasan itu.
6. Jala: Jala yang dilontar akan terbuka dan jatuh ke dalam air. Jala ditarik selepas beberapa ketika.
7. Bot kawalan jauh: Ini merupakan cara memancing terbaru yang menggunakan teknologi dan semakin popular di Singapura. Umpan akan diletakkan di bot kawalan jauh yang bersaiz kecil. Ia boleh bergerak sejauh 200 meter dan pengguna hanya perlu mengawal bot tersebut dari jauh. Apabila tiba di kawasan menangkap ikan, pengguna boleh mengawal untuk menjatuhkan umpan dan menangkap ikan.
8. Pancing sotong: Dilakukan dari bot atau pantai berhampiran batu atau pemecah ombak. Ia popular di Malaysia, di Rompin atau Pekan, di mana memancing sotong mata hijau atau sotong roket biasa dilakukan. Pemancing menggunakan umpan dipanggil ‘eging’, umpan tiruan khusus untuk menangkap sotong.
9. Bot: Memerlukan beberapa orang untuk berkongsi kos perjalanan, bot dan penginapan. Mereka perlu memilih kapten bot yang akan membawa mereka ke tempat memancing.
10. Kayak sambil memancing: Memancing menggunakan kayak mempunyai had. Secara purata, pemancing hanya boleh pergi sejauh 10 kilometer berbanding memancing dari bot yang mampu pergi lebih jauh.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg