Jerebu dilihat menyelubungi sekitar kawasan Marina Bay pada sekitar tengah hari 4 September, dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam memasuki paras tidak sihat di kawasan tengah Singapura selepas ia mencecah 101 pada 7 pagi. Menyusuli itu, agensi di bawah Pasukan Petugas Jerebu (HTF) telah melancarkan pelan tindakan serta nasihat masing-masing demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Mutu udara dianggap ‘tidak sihat’ jika ia mencapai bacaan antara 101 hingga 200; ‘amat tidak sihat’ jika ia antara 201 dengan 300; dan ‘berbahaya’ apabila ia melebihi 300.