Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jimat cermat sambil selamatkan bumi dengan ‘thrifting’

Jan 14, 2024 | 5:30 AM
JIMAT, SELAMATKAN BUMI: Encik Mohammad Fadzly Md Rani dan isteri, Cik Safiah Zainol Abidin, bersama tiga anak mereka - (dari dua dari kiri) Nyla Afifah, Muhammad Aufa dan Hana Alisha - berbelanja di kedai ‘thrift’ bukan hanya kerana ingin cari barang lama yang unik pada harga murah, tetapi juga kerana ingin selamatkan alam sekitar.
JIMAT, SELAMATKAN BUMI: Encik Mohammad Fadzly Md Rani dan isteri, Cik Safiah Zainol Abidin, bersama tiga anak mereka - (dari dua dari kiri) Nyla Afifah, Muhammad Aufa dan Hana Alisha - berbelanja di kedai ‘thrift’ bukan hanya kerana ingin cari barang lama yang unik pada harga murah, tetapi juga kerana ingin selamatkan alam sekitar. - Foto ihsan SAFIAH ZAINOL ABIDIN

Bukan hanya dapat berjimat, malah memainkan peranan dalam menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Inilah yang dilakukan seisi keluarga Encik Mohammad Fadzly Md Rani melalui amalan ‘thrifting’, ataupun membeli pakaian dan barang terpakai.

Bahkan, Encik Fadzly, 46 tahun, konsultan di sebuah firma kewangan, berkongsi bahawa sekitar 80 peratus barang di rumah mereka, termasuk pakaian, perabot dan peralatan dapur, adalah barangan terpakai yang dibeli di kedai ‘thrift’ dan acara lelongan barang-barang.

“Kami sekeluarga suka cari kedai ‘thrift’... Sebagai bapa, saya akan jelaskan kepada anak-anak tentang kepentingan menggunakan semula dan mengitar semula barang yang ada supaya kita tidak membazir sumber alam.

“Boleh dikatakan sekitar 80 peratus barang di rumah kami adalah barang terpakai yang dikitar semula. Contohnya, perabot kami adalah barang terpakai yang saya perbaiki dan perbaharui sendiri,” kata beliau.

Trend ‘thrifting’ kini semakin popular di Singapura, dengan pelbagai kedai ‘thrift’ muncul serata negara menawarkan pakaian dan barang lama serta terpakai yang unik dan jarang ditemui.

Beberapa penggemar ‘thrift’ berkongsi dengan Berita Minggu bahawa mereka memilih membeli barangan terpakai bukan hanya kerana harganya yang murah, tetapi juga kerana kemahuan memainkan peranan menyelamatkan bumi.

Laporan lanjut di Muka 4 & 5

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg