Jimmy Textiles tawarkan langsir bermutu, cantik tanpa anda perlu tunggu lama
Jimmy Textiles tawarkan langsir bermutu, cantik tanpa anda perlu tunggu lama
Apakah anda mengimpikan rumah cantik dan berseri tanpa perlu menunggu berbulan-bulan lamanya?
Jika ya, langkah menempah langsir Jimmy Textiles memang pilihan tepat.
Dengan mengambil masa hanya dua hingga tiga hari, langsir anda siap dengan mutu terbaik dan jahitan kemas.
“Kami memahami ramai pelanggan mahu hasil yang cepat tanpa mengetepikan soal mutu, lebih-lebih lagi apabila musim perayaan menghampiri.
“Oleh itu, kami komited menyiapkan setiap tempahan dalam tempoh pendek, terutamanya pada musim perayaan, yang memang menyaksikan lonjakan permintaan bagi tempahan langsir,” kata Encik Jimmy Saw, pemilik kedai langsir Jimmy Textiles.
PENGUKURAN DAN PEMASANGAN PERCUMA
Selain perkhidmatan pantas, Jimmy Textiles menyediakan perkhidmatan pengukuran dan pemasangan percuma bagi memudahkan pelanggan.
Perkhidmatan pengukuran percuma membolehkan ukuran tingkap diambil dengan lebih tepat dan cadangan rekaan diberikan mengikut ruang serta tema sesebuah bilik.
Perkara ini sangat membantu, lebih-lebih lagi buat pelanggan yang kurang pasti tentang saiz langsir dan ingin mendapatkan hasil yang betul-betul kemas.
“Tidak semua orang mahir atau selesa memasang langsir sendiri, terutamanya warga emas. Oleh itu, kami menguruskan semuanya dari awal hingga akhir, termasuk pemasangan cangkuk (hook) dan menggosok langsir supaya hasilnya lebih sempurna.
“Sekiranya pelanggan sudah mempunyai ukuran tepat, proses yang dijalankan menjadi lebih senang; hari ini tempah, esok kami terus jahit. Dalam masa dua hingga tiga hari, boleh siap sepenuhnya.
“Ketepatan ukuran amat penting kerana ukuran langsir biasanya tetap dan sukar diubah selepas siap dijahit,” kata Encik Saw.
TEMPAH IKUT CITA RASA
Bagi yang mahu pilihan segera, Jimmy Textiles menyediakan langsir yang sudah siap dipasang pada harga serendah $100.
Pilihan ini sesuai untuk pelanggan yang ingin menukar suasana rumah dengan lebih cepat dan mudah.
Walaupun sudah siap, mutu tetap dijaga rapi dari segi jahitan dan kemasan supaya langsir anda kelihatan terletak cantik apabila dipasang.
Bagi mereka yang ingin sentuhan eksklusif, Jimmy Textiles menerima tempahan khas bermula daripada $200.
Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis jahitan dan rekaan moden mengikut cita rasa dan kesesuaian ruang, baik untuk ruang tamu dan bilik tidur mahupun pejabat.
Sesetengah pelanggan pula lebih suka langsir corak bunga atau rekaan berbentuk sulaman, atau embroidery.
Malah, rekaan berinspirasikan langsir hotel juga sering menjadi pilihan ramai, yang menampilkan suasana mewah seperti berada di hotel bertaraf tinggi, dengan sentuhan eksklusif.
MUTU DIJAMIN BAGUS
Dari segi mutu, fabrik yang digunakan Jimmy Textiles tidak mudah kecut, tahan lama, tahan koyak dan tidak mudah ronyok.
Jahitan kukuh memastikan langsir anda sentiasa kelihatan kemas walaupun digunakan dalam tempoh panjang.
“Setiap perincian pada langsir disertakan dengan bahan bermutu supaya langsir anda bukan cantik dipandang sahaja, malah tahan lasak untuk kegunaan harian.
“Pelanggan pasti gembira kerana langsir yang ditempah mereka akan memberi nilai berbaloi dengan harga yang ditawarkan,” ujar Encik Saw.
Dengan perkhidmatan pantas, harga berbaloi dan mutu diyakini, Jimmy Textiles sedia membantu anda mencantikkan rumah anda agar lebih menyerlah sentuhan keanggunan dan mewah serta menawan pada musim perayaan!
DAPATKAN LANGSIR ANDA DI JIMMY TEXTILES
– Kunjungi cawangan Jimmy Textiles di Blok 1 Joo Chiat Road, #01-1085 Joo Chiat Complex, Singapura 420001.
– Hubungi talian 9684-4334 jika berminat membuat sebarang tempahan.
– Kedai dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 8 malam.
– Ikuti laman sosial Instagram@jimmytextiles untuk melihat koleksi langsir hasil jahitan Jimmy Textiles.

